Malaysia tetap dihati.
Assalamualaikum. Ini last last entry pasal trip to China. Hari ke-5, masih di Hong Kong merupakan hari terakhir trip nih. Bangun pagi, dengan segarnya. Maklumlah, tidur atas katil empuk macam kek span. Dah semayang subuh, siap-siap, pergi breakfast. Cukup masanya, kami naik bas, meninggalkan Vela Pacific Hotel dan bertolak ke Kedutaan Malaysia di Hong Kong.
Owh ya, unikkan bas nih? ada 3 seat and 2 seat. Di Malaysia belum pernah jumpa lagi :)
Nak tawu tak, sebelum sampai Hong Kong nih, mas bayangkan Kedutaan nih officenya sebuah dan terletak dengan gah dan tersergam indah. Wah. Sekali sampai, eh.. kat deret-deret rumah kedai je??? Tu masa belum masuk dan tak pandang atas. Sekali masuk dalam... Perrhh.. Naik lif ke tingkat 20+ (kalau tak silap la), dah tu naik pulak tangga... Sampai lah kat dewannya, pemandangan dari atas tuh, memang tip top...! Subhanallah... Moral of the story : Don't judge a book by it's cover.
Antara VIP pada hari tersebut....
Intai Makanan yang dah siap dihidangkan. ;)
Oh ya, tujuan kami ke sini adalah untuk bertemu Jeneral Konsulat Malaysia di Hong Kong nih. Banyak info bermanfaat serta kata-kata semangat yang mampu merangsang kesungguhan diri yang kami dapat semasa sesi ini berlangsung. Share sikit ye info yang Mas dapat.... :)
Kisah Hong Kong
Hong Kong merupakan sebuah tanah jajahan British sama seperti Malaysia. ( Baru perasan, sebab tu plag elektrik tuh, sama dengan kat Malaysia, kalau nak pi Hong Kong tak yah risau boleh terus cucuk tanpa perlu guna universal adapter. ) Sejak dipegang oleh British lagi, Hong Kong telah mengorak langkah menuju kemajuan dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri berbanding China. Hong Kong dikatakan baru sahaja diserahkan kembali kepada Tanah Besar China sejak tahun 1997. Walaupun Hong Kong kini berada dibawah negara China, Hong Kong memiliki pentadbirannya yang tersendiri dan menggunakan mata wang yang berbeza dengan China iaitu Hong Kong Dollar berbanding di China, Reminbi. Kiranya Hong Kong nih memiliki pembangunan dan kemajuannya yang diusahakan dengan istilah berdikari. Teringat kata-kata Tuan Jeneral Konsulat, Hong Kong bagaikan angsa bertelur emas milik China. Kalau nak baca lebih detail, sila klik sini...
Best jugak lah dengar cerita yang disampaikan oleh Jeneral Konsulat Malaysia kita nih.. :)
Sesi mengenyangkan perut dijalankan seiring dengan sesi soal jawab. Oh, bab makan, memang sedap.
Terdengar suara-suara yang berkata...
"Akhirnya jumpa jugak makanan Malaysia...!"
Mas setuju....! Dah empat hari makan makanan masakan Cina, bila jumpa makan Malaysia, rasa macam.....
'Finally, jumpa jugak selera tekak aku nih....!'
Makanan memang sedap, serius tak tipu. Tip top.
Terima kasih kepada orang sebelah kerana sumbangkan timun. Barulah berseri pinggan nasi lemak mas nih. Lupa pulak siapa orang sebelah yang baik hati tuh, ye lah.. kawan-kawan saya semua baik hati. :D
Sebelum balik nak jugak bergambar kenangan di board nih kan. Bukti kedatanganku ke sana. :P
Seterusnya, kami pun bertolak ke Hong Kong International Airport. Sebelum tuh sepatutnya pergi makan dim sum halal yang paling sedap di Hong Kong, tapi...kerana masa begitu mencemburui kami......... -_-"
Bila tour guide cakap "Kita tak jadi makan dim sum ye.. Dah tak sempat nih, takut lambat check in", seriously mas sangat kechewa.... kerana semalamnya tuh mas dah berangan-angan nak makan dim sum. Seiring dengan itu, mas kecur liur atau orang Kedah macam mas nih cakap, telan liuq. Lastly, mas redha ja. Lagi pun perut dah full. Alhamdulillah sahaja.
Ketika ini mendengar ura-ura, seat K tepi tingkap. Berdebar.
Naik ja flight, cari tempat duduk... Yeaaa..! Alhamdulillah dapat jugak seat tepi tingkap. Doa dimakbulkan. ;) Yeaa lagi sekali kawan sebelah rupa-rupanya Waridah, and bukan entah siapa-siapa. :P
So, bersedialah anda untuk lihat pemandangan Hong Kong dari atas... Weeeee...!
Teruja sangat. Bila tengok dari atas, rasa macam tengok buku geografi.
Subhanallah.. terima kasih ya Allah, keran Kau berikan aku peluang untuk menikmati keindahan dunia ciptaanMu. Terharu saat ini. :')
Tak lama lepas kapal terbang stabil di awanan biru macam lagu awan dania, pramugari-pramugari jelita sibuk menghidangkan makanan. Kali ini, special sikit, makanan khas untuk Muslim.
Berteka-teki..apa lah makan kali nih ye... Mood makan mas melonjak-lonjak. ( Kau sentiasa melonjak mood makan, mastura... :P )
Debar-debar jantungku....... ( Sebutkan dengan irama dangdut...)
-
--
---
----
-----
Jeng Jeng jeng....
Untuk beberapa ketika, aku tenung menda alah nih. Beberapa soalan bermain di benak fikiran... Menate apakah ini... ? Haruskah aku makan? Wajibkah? Perlukah?
Dan, aku makan jugak... tapi satu je.. Tak mampu dah nak masukkan lagi satu... Nasib baik ada makanan lain....
Lambat je roti nih nak habes.... Ye lah makan roti dengan majerin je.. Cuba kalau letak gula sikit.. Bakar sikit...Perhhh.. Rangup, panas...
Dan masa nih terdengar suara-suara ayu pramugari bertanya pada epnumpang-penumpang lain, "Excuse me Sir, you want chicken rice or pasta?"
And I was like.....
'Chicken Rice or Pasta ????
Dekat aku kau tak tanya pulak....?'
Cuba tenangkan hati.. mungkin makanan tuh tak dijamin halal, sebab tuh dia tak bagi mahupun tanya... Pasghah...! Sambung makan roti tak berperisa sambil menikmati pemandangan awan putih macam gula-gula kapas.
Tolong kagum dengan keindahan ciptaan Allah nih. Aku tergamam tengok pemandangan ni. Subhanallah...!
Perjalanan sepatutnya mengamnbil masa 3 jam, tetapi kali ini 3 jam setengah. Terasa gegaran-gegaran, ku lontarkan pandangan ke luar tingkap, putih...
Banyak kali jugak mas tenung benda nih, betul -38 degree celcius? Nih, kalau mas kat luar nih beku lah ye?
Itu lah antara persoalan yang bermain diminda.
Tapi yang mas pasti cuaca kurang elok pada ketika itu...menyebabkan perjalanan sedikit lambat.
Dan akhirnya.......! sampai jugak ke Malaysia atau lebih detail, Penang...!
Nampak tak line tuh? Itu adalah Jambatan Pulau Pinang. ;)
Inilah serba sedikit pengalaman mas pergi ke negara orang, it's was awesome...! Peluang nih sangat bermanfaat bagi mas, bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan. It's so true.
Antara manfaatnya ialah:
1. Dapat luaskan pandangan dan fikiran serta idea dalam bidang architecture, kerana China antara negara yang memiliki bangunan-bangunan yang awesome. Sangat kagum sebenarnya dengan seni bina bangunan-bangunan di China. ( Walaupun trip nih bukan trip course aku...)
2. Dapat luaskan pandangan aku dalam istilah kehidupan.
Jika di Malaysia, pe'el (tabiat) rakyatnya lain, lain pula di Hong Kong dan China. Ada yang positif dan negatif. Buang yang keruh ambil yang jernih. Ilmu dalam bidang perniagaan diorang, kehidupan dan suasana di sana. Banyak lah...
3. Membuatkan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku miliki. Alhamdulillah. :')
Aku terharu dengan nikmat dan peluang serta kesempatan yang satu per satu Allah berikan kepada aku semasa lawatan nih. Sooo many...! Yang penting aku tahu Allah sayangkan aku. Masalah datang, penyelesaian menyusul. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya.
4. Peluang aku merasa manisnya bersaudara dalam Islam.
Ketika di sana, bila ada Muslim atau Muslimah, mereka pasti menegur kami. Beri salam, bertanya asal tempat. :) Seronok. Paling seronok, dapat dengar suara imam dan jemaah berjemaah dalam mazhab dan loghat mereka. Untuk seketika,aku tergamam. Ini berlaku ketika aku di sebuah masjid ketika di Hong Kong. Ada satu perasaan yang menguatkan perasaan sayang terhadap Islam. Islam itu Universal. Islam itu menyeluruh. Sesuai diaplikasikan dimana jua.
5. Banyak lagi...
Banyak lagi manfaatnya yang aku tak larat dah nak senaraikan.... :P
Appreciation
Thousands of thanks to.....
Allah S.W.T.
USM
Majlis Penghuni Desasiswa Restu, USM
Penaja-penaja
Parents and family
Friends
Tak lupa jugak kepada yang mencemburui dan pemberi kata-kata nista dan hina... hikhikhik.. :P
Jangan jeles, alhamdulillah ini rezeki saya, mana tawu esok-esok rezeki awak pulak kan?
Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
:)
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Teruskan berdoa, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.
p/s : Kalau ada rezeki aku teringin nak terbang ke Tanah Suci dengan keluarga tercinta, kerana aku tahu di sana adalah tempat terbaik di dunia. Berusaha dan terus berusaha.
Check out blog of my friends yang turut berceloteh tentang trip ini. Mereka punya persepi dan gaya penulisan yang berbeza dan bagus.
Penulisan beliau ada kesan. Kagum.
Gambar beliau cantik-cantik. Best.
Ok sekian, assalamualaikum. Papai.
waaa seronoknye!
ReplyDeletedapat pergi negara orang.