Wednesday, August 8, 2012

DIY Craft Tutorial : Handmade Pin Cushion

Assalamualaikum. Hai. Hari nih mas nak share satu rahsia penjimatan yang boleh anda lakukan. Kan tak elok membazir, nak pulak di bulan yang mulia ini. Okeh,okeh.. Jika di rumah anda, mama anda ada banyak jarum peniti yang tak dapat disimpan dengan baik atau anda ada pin yang banyak untuk digunakan ketika lilit tudung pelbagai cara tuh, anda sangat memerlukan pin cushion untuk anda simpan dan letak pin anda dengan selamat tanpa bersepah di atas lantai dan membahayakan kaki anda. ( Teringat pulak kisah beberapa tahun lepas, jarum tercacak mencucuk tapak kaki saya, oucch..! ) So, saya akan kongsikan tutorial untuk buat pin cushion yang simple, cepat dan cost-saving. Sangat ekonomik. :)


Bahan-bahan yang anda perlukan ialah :

        

1. Penutup botol jam. (tak kisah la macam mana rupanya pun. Ikut cita rasa anda. Saya guna penutup botol pes tomyam)
2. Perca kain. ( Jangan gunting baju mak anda sudah la ye..)
3. Hot glue gun
4. Fiber. (ala...menda alah yang macam kekabu, warna putih,and ringan tuh... tak pasti the exact name, paggil fiber je..)
5. Gegelang getah ( pegi geledah dapur sekarang, mesti ada.)

Cara-caranya :

  

1. Ambil perca kain, gunting sebesar tangan anda, lebih kurang 7 inchi x 7 inchi. 
2. Letakkan segumpal fiber di tengah-tengah kain, agak-agak cukup dan sesuai dengan kain.
3. Balut fiber tersebut, buat ala-ala sup bunjut. Dan ikat guna gelang getah tadi.
4. Kemaskan sup bunjut anda...
5. Letak hot glue gun secara menyeluruh di permukaan bahagian dalam tudung botol  tersebut.
6. Cepat-cepat letakkan sup bunjut anda di tudung botol tersebut sementara gam masih panas. Kemaskan.
7. Siap..! Dah boleh guna. ;)




Sekian, :)

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

No comments:

Post a Comment