Saturday, December 10, 2011

vintage owl necklace adalah haram.....

Assalamualaikum, geng..
eh, sejak bila pulak geng??
ok, readers... tak kiralah pembaca tetap ke tak tetap ke...
Yang penting, point sampai.

Anda,anda, anda...
Pernah tengok tak owl necklace.
Rantai yang ada locket burung hantu tuh.
yang cantik lagi vintage tuh??

tak pernah, tengok gmbar nih....



cantik,kan?
vintage,kan?
:)

saya pun memang agak suka dengan rantai nih sebelum nih...
tapi bila nak beli.. teringat pesan mama, tak elok pakai barang-barang atau pakaian yang ada gambar atau patung-patung binatang..

Maka dengan itu, setiap kali terjumpa rantai ini, walaupun agak murah dan agak tertarik...
tapi, pesan mama lagi menarik. Dan rasa tak nak beli tuh kadang-kadang menebal.
Dan sekarang, bila terbongkar satu rahsia tentang rantai burung hantu nih...
Rasa macam.. "Alhamdulillah......naseb baik tak pernah beli. Tak membazir.hehehe.."

Tapi sebenarnya, siapa yang tak beli dan tak pakai, anda tak rugi, malah anda beruntung kerana tak terlibat dengan UNSUR-UNSUR FREEMANSON...!!!

rantai burung hantu dan freemanson? apa nih..
itulah rahsia yang ada pada loket tuh. Benda tuh sebenarnya salah satu barang pemujaan pengikut freemanson sesat nih.

nak taw lebih lanjut, sila baca di blog nih.
cepat-cepat baca..........!



Ok... dah baca?? Terukkan diorang nih... macam-macam cara nak sesatkan kita macam depa...
tolong la.. sama-sama kita hindari semua ni...
Mungkin sebelum kita tak taw dan pakai dengan sukanya... (macam saya..hampir2...),
tapi sekarang, bila dah taw..pandai-pandai lah ye...

Papai..
Assalamualaikum...
:)

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Bergetar hati...

Gambaran Hari Kiamat



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


share daripada : http://arshad-terunadara.blogspot.com/2011/08/gambaran-hari-kiamat.html


mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Sunday, November 6, 2011

short and sweet.

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidiladha..!
:)
Walau apa pun terjadi, raya tetap perlu diraikan.
Sekali pun ada diskriminasi, atasi dengan bijak. Wujudkan suasana raya itu, and feel good with it.
Sekali setahun ja.
Bukannya selalu.

Papai.

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, October 20, 2011

cara mudah buat nota :)



Dah tengok video nih?
Best kan kalau ada nota warna warni macam nih.
Lepas nih, buat la nota macam nih, senang nak ingat sebab ada warna-warna. Otak kita nih, sangat terangsang dengan warna, membuatkan otak kita dapat ingat perkara-perkara dalam nota yang berwarna-warni.

Selain ada nota yang cantik, anda jugak boleh membantu otak anda untuk mengingat dan lebih cemerlang dalam pelajaran.
Selamat mencuba.
Papai.
Assalamualaikum.



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Monday, October 3, 2011

P to the M to the S


Sensitivity berada di level tinggi sekarang.
Sangat fragile,
air mudah tumpah.
Awas.sangat bahaya.
handle with care.



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Sunday, October 2, 2011

October comes again...



Thanks for the wonderful start of October.
Hope it will end with beautiful memories.

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, September 23, 2011

A reminder to take a good care of our Earth.

photo credit to Mr.Google.

Dan ingatlah ketika Dia menjadikan kamu khalifah-khalifah setelah kaum 'Ad dan menempatkan kamu di bumi. Di tempat yang datar kamu dirikan istana-istana dan di bukit-bukit kamu pahat menjadi rumah-rumah. Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu membuat kerusakan di bumi.

Surah al-A'raf (ayat 74)


mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Sunday, September 18, 2011

a key


Be patient.
It's a key to unlock the unknown happiness.
and i need to practice it from now and forward.



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, September 16, 2011

It's you and me ((: ♥

i don't need you to buy things for me..
because the only one i need is you.

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

dah berhabuk dah...

dah bersawang agaknya blog nih.. lama sangat tak update.
Assalamualaikum...
Sekarang, sangat sibuk dengan dunia baru.
Dunia baru? yup, Dunia USM, a place that will change my dream into reality.
Insyallah...

ok, nak kongsi cerita sikit nih...
hari pendaftaran, ok.. agak smooth walaupun ada beberapa insiden yang tak diingini berlaku..
minggu orientasi:
sangat penat... sangat banyak taklimat, tapi semuanya berguna dan penting.
nak berulang-alik ke DTSP, kadang-kadang ada bas, kadang-kadang kena jalan kaki..
ada jamuan hari raya anjuran Desasiswa Restu untuk menyambut pelajar baru.
By the way, abang-abang dan kakak-kaka PPSL, sangat best, sporting and baik,
hensem-hensem, comel-comel.. :)

First time pergi ke Pusat Pengajian :
HBP, atau nama pnjangnya Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan.
sangat lah jauh dari Restu, okey....
tak tipu, memang dekat 40 ke 45 minit jugak la nak berjalan.
Pada hari tersebut jugak, kasut saya yang baru beli, patah... harap maklum.
So, boleh bayangkan tak berapa jauh...?
by the way, semangat berkobar-kobar masa dengar taklimat Dekan dan Timbalan Dekan.

First day of class :

perasaan, sangat teruja. dah pandai naik bas. Kemudahan bas dalam kampus, sangat bagus, kerap dan banyak bas.
Sangat teruja nak belajar architecture, abang PPSL cakap, ''minggu pertama relax ar..selalunya tak belajaq lagi..''

Untuk subjek RUS 104, bukan setakat belajar, tapi siap dengan assignment lagi.
Bukan satu, tapi DUA project terus.
Hamik kau.....
tapi tak pa, archi punya pasal, kan ku teruskan jua perjuangan..
ceh..ayat tak boleh belah...
tapi serius, perasaan masa first class time asasi law, and first class untuk degree in archi, sangat berbeza, this time, i'm really in the class, happily.

pengalaman berkawan dan dapat kawan baru:
memang ramai kawan baru..
tai masa mula tuh, semua tegur, tanya nama, kos apa, tapi last-last, lupa..tak ingat, ramai sangat...
bila dah selalu jumpa baru ingat.
First year HBP student jugak ada foreign students, from China, Iran, Malawi, Indonesia and Somali Island.
Seronok jugak berkawan dengan orang asing, pengalaman baru dan can practice speaking English. Mau tak mau, kena cakap jugak English, kalau tak, depa tak paham.
:)

p/s: kongsi lah ilmu yang ada dengan orang lain.. it's fun and meaningful.




mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, August 18, 2011

The Little Ribbon



Assalamualaikum...:)
dah lama sangat rasanya tinggal blog nih. Entah-entah Cik Siti dah amik alaih blog nih jadi sarang baru dia. Bukannya tak nak update, tapi tak ada masa. Agak busy dengan hal dunia dan akhirat.
Wah, dasyat ayat. Ye lah, bulan puasa nih lah masa nak buat tuh, nak buat nih (hal dunia), lepas tuh nak jugak rebut-rebut ganjaran yang berganda yang limited time nih, nak buat tebus di dunia persinggah seterusnya.
Dalam bulan Ramadhan kali ini, banyak peristiwa yang berlaku, sekali gus, tercatat rapi dalam sejarah hidup...saya la, bukan awak. :)

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini juga, saya telah memulakan sebuah bisnes..( wah, macam besar ja..) bisnes kecil-kecilan saja.. online bisnes yang masih lagi memerlukan perhatian, pembaharuan dan penambah baikkan.

Bisnes apakah itu?



The Little Ribbon menjual produk-produk yang sangat comel iaitu, Bow brooch, atau lebih sinonim dengan rakyat Malaysia sebagai 'kerongsang ribbon'. :)

Ribbon or bows sangat mempunyi aura dan magic yang tersendiri,
bila mana, ia dapat membuat sesiapa sahaja yang mamakainya kelihatan sangat manis.
Sweeett..gitu. :)

The Little Ribbon, tampil dengan ribbon yang pelbagai corak fabriknya.
Keistimewaan The Little Ribbon, ialah ia menjual Ribbon yang hadir dalam
3 saiz, iaitu S, M dan L.
Harganya pula, sangatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berminat.
Sangat murah, tak mahal pun...! :)
Harga mengikut saiz.

Ini adalah antara ribbon-ribbon yang dijual oleh The Little Ribbon.
:)









amacam? ada yang berkenan di hati?
boleh la ke page The Little Ribbon..!



Setakat nih, penjualan ribbon-ribbon agak mendapat sambutan melalui pos atau secara terus.
Jangan tak tahu, The Little Ribbon nih dah sampai kat pelanggan dari Johor, Terengganu dan akan datang, Kelantan dan insyallah merata lagi..! :)

Secara terus, penjualan ribbon ini sangat mendapat sambutan terutamanya dari kalangan pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan juga pelajar IPT.

Semuanya berebut-rebut mahu bergaya dan kelihatan manis terutama, di Hari Lebaran yang akan datang. :)

So, macam mana? berminat? Cepat ke Page The Little Ribbon sebelum ribbon-ribbon yang anda minat kehabisan stok.....!

:) papai, Assalamualaikum.
:)
papai, assalamualaikum.

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Wednesday, July 27, 2011

Photobucket

cooming soon... :)

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Monday, July 25, 2011

Super delicious Bihun sup...!

Hai, assalamualaiku, readers..
:)

tak kisahlah awak follower saya ataupun tak, terima kasih sebab sudi baca..
kalau sudi sila drop comment anda.

Entry kali ni mas nak hebah heboh kan pasal sebuah kedai bihun sup yang super sedap.
makan semangkuk rasa nak lagi.

Kedai bihun sup nih adalah kedai Bihun Sup Pak Mat Lahar Kepar.
Kedai bihun nih sedap and kalau tak silap dah lebih 20 tahun dah meniaga kat situ.
Sekarang pun dah ada 4 cawangan.
Dulu-dulu kedai bihun sup nih cuma gerai tepi jalan ja.. tapi sedap punya pasal, ramai orang selalu pergi.
Tapi sekarang nih dah di upgrade dah.. parking semua senang, kedai pun dah besar dah..

dah ready nak tengok gambar bihun sup nih?
*amaran kepada yang berpuasa, sila kukuhkan iman anda.


Photobucket

inilah dia... saya punya, kuew teow sup..
kuew teow ada, n=bihun ada, mee pun ada..
makanan goreng-goreng pun ada jugak..
tapi selalunya yang datang sini makan bihun sup la..
semangkuk nih dah cukup buat perut kenyang, sebabnya, mangkuk nih boleh tahan besar..
kuew teow boleh tahan banyak...
daging pun banyak...
memang puas hati lah.

Atas meja-meja kat kedai nih, ada disediakan tiga jenis penambah rasa..
sos cili, sambal , dan cili jeruk.

ni lah cili jeruknya..

Photobucket

sedap, tak pedas sangat, rasa masam-masam... tapi kalau dah amik cili padi yang kecik-kecik tuh memang la pedas...

Photobucket
makan kat kedai nih seronok, meriah.. orang yang amik order tuh tak da dah tulis-tulis.. terus jerit ja..
Pak Mat tauke kedai nih pulak, sangat lah ramah and pandai jaga pelanggan.
patut la kedai dia ramai orang selalu... :)
Best kedai nih...!

that's all nak dikongsikan..
Papai..


mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Wednesday, July 20, 2011

Doa Qunut

Assalamaulaikum.. hari nih, sebelum tidur, saya nak kongsi dengan anda semua satu lagi..
iaitu

Doa Qunut..
Bacaan doa Qunut dalam Solat Subuh berserta maksudnya...




Allahuma dini fiman hadait...
Wa'a fini fiman 'afait...
watawallani fiman tawalait..
Wabarikli fimaa a'tait
Waqinii syarramaa qadzait..
Fainnaka taqdhi wala yudha 'alait...
Wainnahu layadziluman walait..
Walaa ya'izzuman 'adait..
Tabaa rakta rabbana wata'alait..
Falakalhamdu 'ala maaqadzait..
Astaghfiruka wa'atubu ilaik...
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam...

Maksudnya...

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini..
Sekian.. Assalamualaikum...
Papai.. :)









mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Tuesday, July 19, 2011

What is architecture ?

Assalamualaikum and good morning, readers. :)
Hope all of you in good health today .

Today i want to share with you something, the most basic information about architecture,
which is the meaning of architecture.

Before this, what i know about architecture is the combination of art and science of buildings.
This is the literal meaning that i think most of us know about it.

Here, i wan to show you guys, the meaning which is told in a fascinating, sophisticated way..
:)


Using the same basic principle, and verify it to produce different ideas of design.
Oh, I super love this video....!

that's all. thanks for dropping by...
papai..
:)



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Saturday, July 16, 2011

SAH, mulai hari ini.

assalamualaikum..
:)
hai readers...

nak tawu tak Sabu lepas, ada pos laju sampai umah tapi at that time no one at home.
and hari ni baru berkesempatan nak ambil surat pos laju tuh kat pejabat pos Sungai Petani.
Surat tuh sebenarnya adalah surat yang mengesahkan saya kini sah sebagai pelajar Asasi Undang-undang sesi 2010/2011 kerana saya dah dapat
Official Transcript.

Official Transcript ni adalah slip keputusan rasmi semua semester sepanjang pengajian Asasi Undang-undang.

Big thanks to my bestie, my lovely ex-roomate, Misra Asthana kerana telah tolong ambilkan dan poskan transcript and recommendation letter untuk saya.
Cik Misra saya nih memang rajin dan baik hati, tolong ambil dan poskan untuk kawan-kawan lain jugak.. ramai...
oh, Misra sangat sweet...
lepas Misra cakap urusan dah selesai and tunggu je sampai rumah, i asked her..

"so, Mis, Mas ada kena bayar pape tak kat Mis ?"
Misra jawab, " Ada, Mas kena bayar hutang rindu...! "

Ouwh.. kemudian saya makin sedar, Misra sangat sweet.. dan saya mula rindukan suasana kat bilik.. ouh, sangat best, 4 orang, 4 karakter berbeza, suasana riuh.
Waktu makan cara makan, waktu study cara study..
Misra, Tasya, Ayuni, I miss you all so much, you know...

Oh, ok..berbalik kepada isu transcript tuh, kini saya dah boleh prepare segala dokumen nak daftar nanti, dan untuk apply biasiswa..:)
Bila dah ada transcript nih, senang la segala urusan yang berkaitan Universiti nih.
Lagi pun, terasa lah macam secara rasminya saya dah habeskan Asasi Undang-undang saya nih walaupun tak ada grad macam budak-budak Diploma dan Ijazah dan sebagainya..






Photobucket

muka gembira dah dapat transcript..
Orang lain mungkin tak excited macam saya sebab saya rasa saya sikit over terhadap isu transcript nih..
papai..
:)

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

no title



Photobucket






mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, July 15, 2011

lelaki kacak peneman setia sehingga ke akhirat

Assalamualaikum,
ingin saya kongsikan di sini sebuah hadis yang saya baca melalui note seseorang.
Alhamdulillah dengan perkongsian insan-insan yang tidak jemu menyebarkan ilmu Allah, dapatlah ia dimanfaatkan oleh orang lain yang membacanya.

hadith ini saya ambil dari sini..

Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Lelaki Kacak bersama Jenazah

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.

Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.

Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.

Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .

Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"

namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.


image from google

Sekian, ini sahaja yang nak dikongsikan untuk kali ini..
credit to Fasehah Roslan.
Semoga kita sama-sama mendapat iktibar dan pedoman melalui hadith Rasulallah S.A.W ini..
Assalamualaikum..

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, July 14, 2011

Potpuorri menyumbang jerebu dalam rumah?



Assalamualaikum, semua..
Sihat kah anda hari ini?
:)

Tajuk entry, Potpuorri Menyumbang Jerebu dalam Rumah?
Iya, memang betul.

ok, hari ni di rancangan Malaysia Hari Ini ada mengupas isu ini. mungkin tak semua orang tonton kan? Yelah, tak semua orang bangun awal macam saya. hehehe..( baru hari ni bangun awal dah nak megah..:P ). So, kali ni saya nak cakapkan pasal pencemaran udara dalam rumah.

Sejak kebelakangan ini, isu jerebu sering menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia terutamanya di ibu kota yang dilanda jerebu. Ramai yang berfikir dan berpendapat, ketika musim jerebu, seelok-eloknya berada di dalam rumah atau 'indoor'. Tidak kurang juga yang berpandangan udara di dalam rumah adalah lebih baik berbanding di luar.

Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat beberapa peralatan atau perhiasan di dalam rumah itu sendiri menyumbang kepada kualiti udara yang rendah dan mungkin lebih buruk berbanding udara di luar.

Antara peralatan atau perhiasan yang menyumbang kepada pencemaran udara dalam rumah ialah..

permaidani, ash tray, POTPOURRI, dapur , air freshner, sabun pencuci lantai and etc.

permaidani, boleh jadi sangat berhabuk di mana boleh menjejaskan kualiti udara di dalam sesebuah rumah. Ash tray pula, ternyata sangat berbahaya kepada sistem pernafasan terutama kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Seelok-eloknya ash tray tidak di letakkan di dalam rumah, dan lagi bagus, STOP SMOKING, everyone will love you.

Potpuorri, bahan pencuci, dan air freshner pula mengandungi sejenis bahan kimia yang boleh tersebar di udara kawasan sekeliling.

Oleh itu, pengudaraan yang baik di dalam rumah adalah sangat perlu dititik beratkan. Pengaliran udara yang baik akan meningkatkan kualiti udara.
Antara langkah yang perlu diambil ialah membuka tingkap atau pintu rumah bagi memastikan pengaliran udara yang lancar dan supaya udara segar dapat masuk dan bagi yang ingin membeli rumah, rumah yang berceilling luas dan tinggi adalah baik bagi pengudaraan di dalam rumah.

Tetapi jangan lah risau, kita bukannya tidak boleh menggunakan langsung bahan-bahan yang disebutkan tadi dan yang seumpama dengannya tetapi perlulah dengan cara penjagaan yang betul, cara penyimpanan yang tepat dan cara pengurusan yang baik.

Bagi penggemar potpori pula jangan lah terus buang potpuorri anda, tetapi anda disarankan supaya mengurangkan potpourri di rumah dan bersederhana sahaja atau lebih baik menggantikannya dengan bahan-bahan organik atau bahan semula jadi seperti bunga segar, daun pandan atau limau purut.

Semoga ilmu pengetahuan ini dapat dimanfaatkan oleh anda dan juga diri saya sendiri.
Sekian, assalamualaikum.







mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Wednesday, July 13, 2011

wordless wednesday : 2

assalamualaikum..
selamat hari rabu...
jom layan Wordless Wednesday for this week...
:)

Photobucket

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, July 8, 2011

Cermin Ajaib

Etong's Me and Mirror Contest.

Photobucket

assalamualaikum... hai, readers. :) . anda pernah bergambar depan cermin tak? Saya pernah, dan saya sangat suka bergambar depan cermin. Lagi besar cermin tuh, lagi best..!

Saya suka bergambar di hadapan cermin kerana saya rasa saya sangat cantik...!
ok, tak... saya tak cantik.
pernah tak anda rasa macam nih, "eh, kenapa la muka aku tak macam Juliana Evans ke, Julia Zigler ke, comel macam Hana Tajima ke...or siapa-siapa lah...
pernah tak?

saya mengaku saya pernah. siapa pernah tolong angguk-anggukkan kepala.

Sebenarnya kita nih, adalah golongan yang tak bersyukur. Dah bagi muka elok-elok ada hidung, ada mata ada mulut, nak pulak muka macam orang tuh macam orang nih. Orang tuh pun ada hidung ada mata ada telinga jugak. Cukup.

Cuba tengok cermin, sebenarnya wajah kita yang Allah bagi nih, sangat lah tak ternilai harganya.
Bila kita tengok muka kita nih, eh macam mana nak tengok muka kita..? melalui cerminlah,kan..:) ok, bila kita di hadapan cermin, dapatlah kita lihat wajah kita sendiri.
apa yang saya terfikir ialah, eh.. aku ada mata, ada hidung, ada telinga. semua cukup.
lagi satu, eh muka aku ada iras-iras mama la.. eh, hidung ada sikit macam abah la...
and other people also said the same things about my face.. a little bit from my mom and a little bit from my father.
here, i start to be so thankful to the Mighty Allah, yang dah kurniakan saya wajah yang macam nih. Wajah yang ada wajah abah dan mama dan jugak iras-iras adik-adik.. lagi la bernilai,kan. daripada nak muka macam Paris Hilton, macam Michael Jackson, eh diorang tuh siapa nak muka macam diorang..

what i wanna tell here is that, melalui cermin, persepsi terhadap wajah saya sendiri telah berubah. dan saya lebih menghargai wajah saya.
walaupun hidung nih selalu berkilat lepas jawab soalan susah..
walaupun muka nih selalu berminyak sampai boleh goreng pisang.. (macam iklan.. :)
walaupun muka nih kadang-kadang naik pimples degil dan gedik.
saya tak kisah, dan rasa bertuah ada wajah macam nih. walaupun tak cantik, ini adalah yang terbaik yang Allah bagi untuk saya.
thanks cermin kerana sedarkan saya, and i love you.
:)

so kawan-kawan, jom kita hargai wajah kita. biarlah orang nak cakap kita tak cantik, tak menarik, tak tertarik, tak da boom... biar...
asalkan kita ada wajah yang sempurna dan kita bersyukur.

and this is the way i love my face in the mirror. :)
bergambar di hadapan cermin.



Photobucket
saya dan kamera di hadapan cermin begitu sinonim. :D

Photobucket
kerut hidung bergambar bersama dua model baju raya...:D

Photobucket
nak senget-senget pulak..!

Photobucket
mama pun join bergambar depan cermin.. :D

Photobucket
saya dan mama saya. :D


dah lebih-lebih pulak..nak masuk contest, terlebih bersyarah pulak..he3...
saya nak menang, kalau itu rezeki saya, kalau dah bukan jodoh, nak buat macam mana,kan..:)

saya tagged Aisyah and Mimie Nadhira untuk join contest ini..
korang yanga lain kalau nak join jugak, sila klik banner contest di atas, anda akan di bawa terbang ke blog contest tersebut.
papai.

oh ya, i love my family, i love myself. i love taking pictures of me in the mirror. :D
p/s: dari hati <3

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Wednesday, July 6, 2011

nak jugak Wordless Wednesday

Photobucket

:)

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Sunday, July 3, 2011

join Contest..! :)


assalamualaikum...
hari ni mas nak join contest Saya dan kaca mata

kalau korang yang lain-lain nak jugak join, jom.., klik sini...




Photobucket

besaunye gambo nih... takde besau lagi ke?
:)

nothing much to say..
saya dan kaca mata.
saya memang seorang yang gemarkan kaca mata, especially kaca mata hitam yang besar-besar,
yang ala-ala vintage..
yang buruk-buruk sikit tuh...
haa..kaca mata hitam macam yang Cikgu Ariffin dalam Juvana tuh pakai tuh pun saya suka. FEVERET.
memang saya suka...:)
ini pun kaca mata hitam mak tok saya...he3..
suka sangat amik try-try, bergambar..last-last dapat terus kaca mata nih..:)
thanks, mak tok...

gambar nih diambil semasa dalam kereta..memang hobi lah kan, bergambar, berangan, perasan chomel sensorang kat dalam kereta.
abah cakap macam lalat. beasar sangat cermin mata hitamnya tuh.
;)

oh ya..saya nak tagged sepupu kesayangan dan adik saya..
budak berdua nih pun suka jugak pakai kaca mata hitam..
rakan seperjuangan menerai kaca mata hitam maktok..:)
MIMIE Nadhira
Ainul Mardiah

that's all from me...

tak salahkan nak mencuba naseb, mana la tawu boleh menang...
kalau menang, rezeki namanya tuh..
kalau tak, tak da jodoh la dengan hadiah-hadiah tuh..

:) papai..!



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, June 30, 2011

Senyumlah.. :)



assalamualaikum...
hai, readers... :)
dah lama tak update blog nih..
kali nih , mas cuma nak kongsi sesuatu yang mas dapat masa baca
Majalah Sayang Muslim adik mas punya..
ya, majalah kanak-kanak 4-6 tahun.
tapi tak salah kan orang terlebih umur nak baca jugak..
grafik dan isi majalah tersebut yang menarik adalah satu
pendekatan yang bagus untuk menarik minat semua untuk membaca.. :)


sekian...
assalamualaikum... :)
papai...!



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Wednesday, June 22, 2011

special photographer

reblog this from here

Awal-awal pagi lagi dah online Tumblr and terus ternampak picture nih kat updates.
and i was like, smile excitedly because of 2 reasons.

1. this is one of the scene from film Dear John, the romantic film.
2. It reminds me about my precious moment with my super special best friend.


# Love that super special best friend so much.
# We share same interest in Photography. :)


mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Tuesday, June 21, 2011

join GiveAway AnisUmbrella Boutique






assalamualaikum, readers..
hai, hari ni mas nak join satu Give Away..
baru td di jemput oleh kak Anis Izyan..
this is my first time, ok.. :)
Give away nih adalah dari AnisUmbrella Blogshop..
memandangkan syaratnya mudah dan senang, ringan je jari nih menaip buat entri untuk join Give away nih... :)

kepada sesiapa yang nak join jugak Give Away nih, di alu-alukan..
dan untuk maklumat lanjut sila rujuk kat sini...
(hadiah dia best-best jugak.. ;)


ha, masa like page FB AnisUmbrella Boutique nih...
sempat jenguk-jenguk barangan yang dijual oleh butik nih..
macam-macam ada.. baju, skirt, necklace..banyak la..

mas paling tertarik dengan yang nih..


HW and LW Cotton Plain Skirt
sangat sweet dengan ribbonnya tuh.. hhmmm..
ok, rasanya tuh ja kot.. :)
kalau murah rezeki, harap dapat menang Give Away nih..

saya tagg CiK Mimie Nadhira and Ainul Mardhiah..

papai..

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, June 17, 2011

quilling of Sushi



assalamualaikum, readers...
hai..! today, quilling lagi..! :) duduk kat rumah dengan tak da apa nak buat, memang Quilling je lah yang bermain di jari menemani sepasang mata yang setia dengan drama Korea.

i wanna show you guys my sushi quilling, hope that it will inspired you something and give you some other ideas to play with the interesting quilling. Sebenarnya, mas pun tengok orang buat then, rasa macam nak try.. '[[[[p'''''';;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; <---------- (ini hasil kerja little Pussie, our little cat, tetiba ja buat catwalk kat atas keyboard nih, sibuk jugak nak menaip...)

ok, sambung...

a few days ago... jumpa gambar sushi quilling kat internet, then i said, "nak buat lah..comel sushi nih.."
then my sisters said, " eleh..boleh ke buat...? "

keesokkan harinya, lepas Subuh mas dah tak tidur, terus mandi, pagi-pagi dah start buat..
dengan tengok gambar quilling of the sushi, then i tried to make something just like that..
and bila dah siap, asyik tengok jam, tak sabar nak tunggu budak-budak nih balik sekolah..nak tunjuk... he3.. "huh, ingat kaklong tak boleh buat?"

dan inilah hasilnya..



thats all from me... :)
papai..

p/s : bagus jugak kadang rasa tercabar nih, boleh jugak buat nih.. so, kawan-kawan, cabaran dalam hidup tuh mesti ada, mesti di hadapi, baru lah sedap perjalanan hidup nih.. semua rasa ada, manis, pahit, masam,pedas... :)
----> sedang berfikir macam mana nak mulakan bisness.....

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)