Tuesday, July 24, 2012

Day 3 in China - Shenzhen

Hari ketiga, di Shenzhen, China. 

Bangun pagi dengar suara Ama, "Mas bangun mas, kita dah lewat.  Aku tengok jam, Ya Allah, betul la.. Dah pukul 8.15, bas nak gerak 8.30 pagi. Terus bangun. Fikir,fikir. Apa nak buat. 15 minit. Apa saya buat, biar lah rahsia. Yang pasti, baju dan  tudung tak beriron... heheh.. Lepas siap-siap, telefon pulak bunyi, Dr. Rahimah dah tanya. Kelam kabut lagi la aku dibuatnya. Naseb baik barang semua dah kemas. 8.30 kami dah turun ke lobi. Terus naik bas. Muka memang tebal 4 inci. :P

Hari yang ketiga ni banyak melawat perusahaan industri. Nih kiranya antara tempat-tempat yang wajib dilawati ketika datang ke China. Kalau tak, kitorang kena bayar sejumlah wang. Promotion through paksaan. :P First place is Kedai Emas. Besar la, bukan kedai emas tepi jalan kecik-kecik tuh. Kedai nih juga ada jual jed dan barang perhiasan diri yang mahal-mahal yang saya tak mampu beli. :P

Ada kisah menarik di tempat ini. Sebelum turun bas, Mr Ken dah warning, yang  tauke kedai nih akan cakap or persuade kita supaya kita beli. So, hati-hati dan JANGAN KENA SEMBELIH. kalau nak beli, beli la. Kalau tak nak, tak yah beli. Mula-mula, kami diberi penerangan tentang jualan emas di kedai nih. Si tauke tempat nih cerita la yang dia nih baru dapat anak, tapi anak dia tak sihat, so dia kena buat kebaikan dengan kenalan baru. Kitorang lah tuh. Dia beri kami satu sampul angpau setiap sorang. Ingatkan duit, tapi JED. Ok, masa ni perut ku memulas. Sabar. 



Kemudian kami dibawa ke satu bilik lagi. Macam tempat pameran atau jualan la. Banyak cincin, rantai, subang, gelang emas, emas putih, jed, and even berlian. Perut memulas buat sekian kalinya. Bagi mas yang sangat tak minat barang-barang kemas berlian nih, mas rasa tak rugi pun mas tinggalkan bilik nih dan pergi melabur saham. :P Masa  keluar, tauke kedai nih tengah test-test and tunjuk kat kitorang tentang emas palsu atau palsi. Keadaan masih aman. Barang kemas yang dijual mereka adalah tulen, telah ditest dan ditunjukkan oleh beliau.

                

Selepas selesai melabur, mas masuk balik bilik tuh, dan terkejut dengan suasana dalam bilik tuh yang bagaikan pasar malam...!  'Apa dah jadi nih?' Rupa-rupanya tauke nih buat jualan mega...! Cincin berlian cuma RMB 200 atau pun RM100...! Sebagai seorang yang tidak arif tentang harga emas dan berlian, pergi tanya orang, "RM100 untuk cincin berlian, murah ke?" "Murah la...sangat murah..!" Ada berlian. Ok, masa tuh mas masih berfikir, dengan duit mas yang tak berapa banyak, patut ke beli..? Lepas pegi jenguk-jenguk, lastly decide, tak yah la beli. Beli pun bukannya nak pakai sangat. Baik beli handbag ke baju ke. :P
Boleh dikatakan 95% ahli rombongan nih beli barang kemas kat situ. Bagi mas, cukuplah jed yang dapat free tuh sebagai kenangan. Sebenarnya dalam hati teringin jugak nak satu tengok semua ada sorang satu. 

Next destination, kilang ubat. Sebelum sampai ke kilang nih, banyak testimoni diiklankan. Menunjukkan betapa berkesannya ubat yang dijual. Tertarik, Menarik. Part yang boleh hilangkan parut jerawat dan luka-luka tuh menarik. :P 




Demo yang ditunjukkan oleh Dr sendiri. Selepas tangan melecur terkena besi yang panas tu, letak ubat tu, tak da kesan pape langsung. I bought 2 bottle of the cream. Balik guna, yes, seriously berkesan. Ada ruam-ruam alergik pun boleh baik. :)
Pandang kanan, tetiba..Eh, aku kat Paris... ? 
Bangunan tuh sangat unik. motif sarang tebuan. :)

Anatara menu tengah hari kami pada hari tersebut. Makan tengah hari di restoran yang sama pada hari pertama kami di China.
Hidangan ini menjadi sebutan dan top pada hari pertama. Memang tak pernah jumpa dihidang sekali ngan kepala ayam. 


Sedap. :)


Sedap, tapi malas nak kopek kulit udang nih. 

Jagung goreng. First time makan. 


Kemudian kami ke tempat industri yang menghasilkan pelbagai produk daripada buluh. Yes, buluh. Sangat sustainable,kan. Tapi tak semua produk sesuai digunakan. :P





Ada jugak ubat gigi, yes drp buloh jugak. ini Nad, kawan saya. ;)



Seterusnya, check in di Muslim Hotel. Di tingkat 8 hotel nih ada surau. Ruangan solat wanita pulak kat atas sekali. Toilet kat sini ada paip, ada air. Itu yang penting. :P Kalau tempat Muslim, rata-ratanya ada toilet yang berpaip, so jangan risau kalau anda memang berada di hotel muslim atau restoran muslim, masjid atau surau. Boleh tahan seronok duduk sini, orang tak kenal asyik bagi salam. Seronok jawab salam. Terasa manis bersaudara dalam Islam. 



Berjalan ke tempat menghabiskan duit. Chandek Kura, Chandek Kura...! Nama travel agensi kami. :P



Anywhere is playground. 

Kami bahagia bersama. :P

Di tempat nih, banyak sangat jual barangan elektronik. Kat sini lah nak beli pendrive murah, kamera murah, i pad, i phone, semua murah. I Phone 4s cuma RMB 320 = RM160...! sahaja..! Only di Shenzhen. Tapi bab quality, tak berani la nak gerenti. :P

Kat sini mas beli pendrive yang bentuk DSLR tuh... Tapi tak banyak beli. Setakat mampu je, untuk orang-orang tersayang. :P

Makan malam. Bab makan, memang tip top, sentiasa penuh meja.
Destinasi terakhir di China. Night Market. Besar sangat tempat nih, kalau anda jalan sorang, kemungkinan anda akan lenyap begitu sahaja. Sangat ramai, tak tipu, bayangkan lah jejantas yang besar, tak putus-putus orang lalu lalang dan penuh..! Rakyat China memang ramai.
Tapi kat tempat nih tak semurah di Night Market kat Guangzhou. Tapi boleh la. Di sinilah tamatnya riwayat duit saya.
Berjalan kaki balik semula ke Hotel. Fuh, penat tak payah cakap la. Tapi sambil bersembang, tak terasa sangat la. Terima kaseh kepada Kak Mala yang belanja air mineral sejuk. Memang rezeki la, masa tuh nak beli air mineral sebotol pun tak da duit... .

Hari keempat, ke Hong Kong Disneyland...... !
Nantikan update seterusnya. :P
Assalamualaikum.

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

4 comments:

  1. pasar malam dengan hhotel muslim tu dekat ke?
    msg me 0193418306. kamaruddin

    ReplyDelete
  2. 1-6 Jun ni sya ke hongkong,,shenzhen dan guangzhou,,
    nak maklumat sikit..boleh tolong ya..msg me 0193418306 cikgu DIn

    ReplyDelete