Tuesday, July 31, 2012

Day 4 - Hong Kong Disneyland...!

  


Assalamualaikum. Kali nih cerita di Hong Kong Disneyland. Sebenarnya agak malas dah nak update, sebab dengar suara-suara sumbang yang tak senang dengan kepergian saya nih. Tapi..biarlah..biar dia dengan kedengkian dia. Tujuan saya berkongsi cerita untuk berkongsi pengalaman  dengan korang-korang yang belum sampai. Mungkin ini rezeki saya. Insyallah nanti rezeki anda pulak. :)
Ok, bertolak dari Shenzhen ke  sempadan China-Hong Kong, sampai di Hong Kong naik pulak bas ke Disneyland. Mungkin part kali ni, tak perlu banyak tulisan mengukir cerita, biar gambar melakarkan kisahnya. :P

Masing-masing beg dah beranak. :) Bersedia untuk bertolak ke Hong Kong.
Setelah tidur dan tidur, sampai jugak ke Hong Kong.

Sampai jugak ke Disneyland...! :)


    

Ini tiket masuknya, but...hampeh.. tiket tak segempak yang dibayangkan.

Bergambar kenangan adalah wajib. Nampak tak kat belakang tuh...? DISNEYLAND.


Ini lah ahli rombongan cik kiah.

Untuk pengetahuan, Disneylang nih terbahagi kepada beberapa bahagian. Dalam Hong Kong Disneyland nih, ada MainStreet U.S.A, Fantasyland, Tomorrowland, Adventure Land, Toys Story Land. So bila anda masuk, mula-mula anda akan jumpa Main Street U.S.A, ada deretan bagunan yang buat anda terasa macam ada kat tempat omputih. 

Main Street U.S.A








Fantasyland....! 

Rasa macam tak percaya bila ada depan castle yang macam dalam angan-angan...! 


Ini best ya, kalian yang datang jangan lupa masuk nih.

Sambil menunggu untuk masuk, merancang perjalanan seterusnya. Masa itu emas,kan....

Saya jumpa Jang Geun Suk kat sini..! :P Nampak tak ? Macam kan...! Heheh..macam je lah. Bukan betul pun.

Antara yang ditayangkan. Best kat dalam nih, anda akan pakai cermin mata 3D dan tengok wayang  3D yang sangat real...! Siap terasa percikan-percikan air..! 



   
Jangan lepaskan peluang untuk naik train taw. Boleh keliling satu Disneyland nih..


Naik nih best, walaupun nampak benor peliknya tua-tua gajah nak naik mainan ni.. Tapi..peduli hape... ! 

Me and Kak Ju..! :D


Ini pun naik. Memang bajet comel dan kecik la naik menda-menda yang comel dan sweet nih. 

Toy Story Land...! 
Sebenarnya, Kak Ju cari roller coaster, tapi kat sini tak da menda alah tuh. Nak yang mencabar katanya. Maka sini lah tempatnya..!



Teruja nak naik menda mencabar. Saya pasrah je.. Tengok keterujaan Kak Ju, tak rasa pulak takut nak naik menda nih. Selalunya, memang harapan lah kan..
RC Racer namanya. Nak naik tuh teragak-agak jugak.Pujuk hati, tak pe..tak tinggi sangat kot. Tak pe, tak seram sangat kot. Tapi bila dah naik, macam nak tercabut jantung...! Nasi baik tak da sakit jantung kalau tak tak tawu lah.. Fuh, memang menjerit gila-gila lah.. ! Kalau rasa nak lepas geram atau apa, nak jerit puas-puas, inilah tempatnya. 

Yang sebelah kiri nih lah RC Racer. Tinggi..kan.. :) Yang kiri nih pulak ialah Toy Soldier Parachut Drop.
Ini pun best, tinggi, serius tinggi. Tapi best jugak lah, boleh nampak keseluruhan Disneyland. Tapi kalau dah naik atas tuh pejam mata takut punya pasal, jangan haraplah nak nampak. :P

Slinky Dog Spin, beratur hampir sejam, naik nih 5 minit pun tak sampai.


 

Adventure Land...!
Tempat nih best, anda boleh naik bot yang merentasi sungai yang ada dalam nih. Tengok gajah, harimau,buaya. Tapi tak real la.. Kalau real memang ada yang pergi tak kembali lah kan. And,and,and... Ada Tarzan tree house. Sangat best, sayang sekali saya tak pergi. Tak jelajah habes-habes pun tempat nih. 
Kat sini jugak ada banyak restoran, boleh ke sini kalau lapar. Tapi hati-hati, bagi yang Islam, Halal itu penting. Jangan risau, kat sini juga ada makanan halal, di Tahitian Terrace Restaurant. 

         


 



Bergambar kenangan dengan air botol yang sangat mahal nih. Satu botol air Sprite nih harganya ialah HKD 25 bersamaan dengan RM10.30...! Masa beli tuh, beli je lah, dahaga sangat nih... Tapi lepas duduk, one of my friends keluarkan rujukan mata wang HKD dan RM, tekejut kami semua..! So, kepada anda yang nak datang sini dan nak jimat, pastikan bawa air mineral sendiri, anda boleh refill botol anda dengan filtered water
yang ada di Fantasyland. Mungkin kat tempat lain pun ada cuma saya yang tak perasan. Yang lain-lain, tak sempat nak pegi. 
Back to Main street USA. Masuk ke kedai-kedai nih dan snap gambar. :P Seriously diorang tak marah.... So lagi sakan lah saya amik gambar, buat tatapan adik-adik kat rumah dan korang yang baca blog nih. :)


 

   


Comel waffle dia, bentuk mickey taw. Tapi janganlah beli, tak taw halal ke tak... 



Jom balik....!

Papai Hong Kong Disneyland...!
Sebenarnya mula-mula tuh memang la teruja, tapi...sebenarnya..macam biasa-biasa ja kot. :P
Ok, Next.......!
Seterusnya kami ke bandar Hong Kong. Sebenarnya naik je bas dari Disneyland, terus tido,penat. Buka je mata dah nampak bangunan-bangunan gah tinggi mencakar langit. 

Lepas pergi makan di sebuah Masjid yang terdapat sebuah restoran halal, kami menaiki feri pulak. Lebih kurang macam Penang la, tapi yang nih lagi best sebab pemandangan lagi gempak. Nama tempat ini ialah Tsim Sha Shui Hong Kong, dan nak pergi ke sana kami perlu naik ferry, The Star Ferry. Ferry nih merupakan salah satu tarikan pelancong di Hong Kong nih, bukan pelancong luar sahaja, rakyat tempatan pun ramai jugak. Yang best, mereka friendly, :) Ferry ni akan bawa anda merentasi Victoria Harbour dari Hong Kong Island ke Kowloon. (Kowloon nama tempat yang femes dalam drama Hong Kong :p) Naik nih bukan free taw, bayar..! Tak da menda free dalam dunia nih. :P


   

Di sini pulak ialah Avenue of Star. Kalau Malaysia selalu buat anugerah anugerah kat Genting, di Hong Kong sini lah tempatnya yang dibina khas untuk industri perfileman Hong Kong. Terdapat juga statutes yang melambangkan kegahan (betul ke bm saya nih ) industri perfileman Hong Kong. 


Berjalan-jalan di sini tak lepas peluang untuk bergambar juga. :P
Ok, rasanya tu je kot. Malas dah nak berceloteh panjang-panjang. Insyallah last entry tentang visit ke China akan menyusul kemudian. 
Assalamualaikum.

p/s : menganggap kesempatan ini sebagai rezeki. Bukan senang untuk mendapat sesuatu, memerlukan usaha dan pengorbanan. Miskin atau kaya tak patut dijadikan alasan untuk menghina dan dihina. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat daripadaNya. Sekian. :)




mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

2 comments:

  1. tak yah jeles sgt la sal... org tuh nnt nak p blajaq oversea... lagi best... :P

    ReplyDelete