Di saat semua kaum Muslim menyambut hari kemengan, Hari Raya Aidilfitri dengan riangnya, berbeza dengan aku dan keluarga.. Pada hari raya kedua, Tok Ayah dimasukkan ke hospital kerana pendarahan dalaman yang masih tidak pulih. Sejak itu, kami semua berulang alik ke hospital lebih seminggu. Tiada apa yang dapat kami lakukan selain berdoa meminta yang terbaik buat Tok ayah daripada Allah S.W.T. Yang Maha Kuasa. Alunan bacaan Yassin juga sentiasa kedengaran tidak putus, semuanya untuk Tok Ayah.
Pada 9 Syawal, aku tidak rasa seperti ingin tidur. Pada 10 Syawal, seawal 5.25 pagi telefon di rumah berdering dan aku pasti panggilan itu bukanlah panggilan yang menyenangkan. Selesai mama bercakap di telefon, mama beritahu kami, "Tok yah dah tak da." Ayat itu sudah aku jangkakan tetapi hati masih hati tidak mahu terima. Pada 5.05 pagi dia telah pergi dengan tenang meninggalkan semuanya di alam duniawi ini.
Selepas Subuh, kami terus bertolak balik ke Alor Star. Membantu ahli keluarga lain mengemas rumah sebelum jenazah tok ayah tiba di rumah. Saat keranda diangkat masuk ke dalam rumah, terasa bagai sesuatu yang sangat pilu, tanpa sebarang kata, air mata lebat berjuraian di pipi. Aku berdiri di hadapan katil di mana jenazah tok ayah diletakkan, segala pilu di hati bagaikan terus hilang selepas melihat wajahnya yang tenang, bersih dan segak. Bukan khayalan aku, tetapi saudara mara lain jugak berkata begitu. Lantas menenangkan hatiku yang sangat pilu. Di saat itu aku mula redha dengan segalanya.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tok ayah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Derga, Alor Star seperti yang dipintanya sebelum ini. Aku percaya Allah s.w.t telah mengaturkan yang terbaik buatnya dan buat kami semua.
What I can say about him, he is a great man, a strong man. Kindness and generosity always inside him. :')
Semoga tok ayah tenang di sana, di alam baru. Tiada apa yang dapat kami rasakan, hanya rindu yang teramat.
Hari ini, genaplah seminggu tok ayah meninggalkan kami. Apa yang mampu diberikan sebgai tanda kasih kepada tok ayah dari kami keluarganya dan sahabat-sahabatnya ialah doa, Al-Fatihah , tahlil dan bacaan Yassin.
Buat yang sedang membaca nukilan ini, marilah bersama menadah tangan dan sedekahkan Al-Fatihah dan secebis doa buatnya.
Tok ayah, you will eternally be in my heart.
No comments:
Post a Comment