Tuesday, February 28, 2012

Assalamualaikum :)

Dengan ini, saya nak cakap yang

" CONTEST GIVE AWAY BY THE LITTLE RIBBON "

akan dilanjutkan sampai 25 MARCH 2012.


Mark besar-besar dkt kalender uolls,
supaya tak terlambat untuk join ok ?

Sesiapa yang belum join contest ni,
anda amat dialu-alukan ye.

Singgah ke sini utk maklumat lebih lanjut syarat2 mcm mana nk masuk.



Diingatkan bahawa anda boleh menyertai contest give away
di salah satu antara blog ini.
Nak join dkt blog kaklong saya, Mastura Atiqah pun boleh
atau nak join dekat blog saya, Ainul Mardiah pun bolehhh :)
Kami dua ni admins The Little Ribbon :)

Kalau ada apa-apa yang
membuatkan anda tertanya-tanya hingga terangkat kening-kening anda,
boleh lah tanya saya atau lawati page The Little Ribbon
di facebook .



Sekian, terima kasih :)

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, February 17, 2012

Contest header paling comel/smart

Assalamualaikum..
tadi masa jalan-jalan kat blog my ex-classmate, tetiba rasa tertarik dengan contest yang dia dah join.
Macam best ja. So, i decided to join too. :)

Ini Banner contest tuh.


kalau nak join jugak, tekan je banner kat atas nih, dan anda akan diterbangkan
ke blog empunya contest.
Jom la join, hadiah best, task pun senang ja.
:)

Eh, lupa pulak nak letak banner.
Ni ha my banner.

mastura atiqah

Semoga saya ada rezeki untuk menang. Amin.. :)



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, February 16, 2012

Senarai nama peserta Give Away The Little Ribbon





Assalamualaikum, semua.
Kepada peseta Give away The little ribbon, sila semak nama anda ye...
Nama anda beserta nombor.
Jika tiada, sila maklumkan kepada saya melalui ruangan comment di entry ini.
Thanks


Ini senarai nama peserta :

6. Oshin
12. Ika
19. nur za
28. atien
30. nur
31. syiqin
40. bella
42. ismah
51. shasha
53. daya
59. Nida
61. anim
70. syerah
71. aimie
77. Ogy
82. mas
94. nenot

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Saturday, February 4, 2012

Pesanan kepada diri sendiri. Sayangi Rasulallah S.A.W

Assalamualaikum. Hari ini ingin saya berkongsi berkenaan 7 amalan sunnah Rasulallah S.A.W yang wajar diamalkan oleh saya, saya dan saya dan anda. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri sebenarnya, tapi ingin berkongsi dengan pembaca yang lalu lalang di blog saya ini. Moga bersama dapat manfaatnya...
Di bawah ini adalah info mengenai 7 amalan sunnah Rasulallah yang diamalkan oleh Baginda saban hari. Artikel ini adalah dari Sumber : http://www.iLuvislam.com.


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.



Semoga dapat kita bersama amalkan. Insyallah.
Sentiasa istiqamah dalam membaiki diri menjadi Muslim yang lebih baik,
Walaupun sedikit demi sedikit.
Itu lebih baik dari tiada.
:)
Assalamualaikum.


mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)