Sunday, November 11, 2012

Online shopping complex...!

Hai, assalamualaikum semua. Online shopping complex... ! Yup, online, bukan shop, shopping complex. Macam-macam ada. Nak promote. Shopping di sini insyallah berbaloi, selamat dan efisyen. Serious...!
Pelbagai kategori dan jenis. Sabar ye sabar... :P



Sarang Health and Beauty 
Produk kecantikan dan kesihatan. 




Online shop nih sepupu saya punya. Peniaga yang jujur. Heee..Serious. Ada beberapa jenis produk kesihatan yang diniagakan. Antaranya sabun susu beras, Mas pun tengah guna sabun nih. Sabun ni memang sedang fomous amos di Malaysia. Wangi dia lain dari yang lain. Sedap memang sedap. Boleh guna untuk muka dan badan. Memang best pakai. RM 3 ringgat ja kat sini. Sila beli kat sini, murah.Serious. Mas beli kat kedai kat luar, ada yang RM5,ok mahal. Ada yang seketul jual sampai RM8...! Tuh memang lebih-lebih. Ini kisah betul, bukan rekaan. And virgin coconut, it's really work...!

Untuk maklumat lanjut, sila ke blog atau page facebook di bawah. :)
Happy shopping..!



Gedung pakaian wanita...!
Waaah..gedung taw. Should call it gedung, sebab serious banyak gila style baju Korea yang diniagakan di sini. Mas pun beli. Oh, lupa plak...order hari tuh tak bayar lagi. Hahah.. :P
Perniagaan ini dijalankan oleh 3 beradik yang comel...! Salah seorangnya adalah kawan Mas. Memang Mas kenal, jual tak da tipu-tipu, memang dapatlah apa yang anda order. Murah pulak tuh.So, jangan takut-takut atau risau-risau nak order. Kalau yang jauh postage service ada, kalau anda student USM boleh ambil by hand. :)





Boleh klik kat sini ya... Ada banyak lagi design baju yang di jual. Serious banyak. Anda akan rambang mata. Sila klik sini, cepaaaaaaattttt....!
Pretty Ventus ..!


The Closet

The Men Wardrobe Online Shop..

This is my senior in USM punya online shop. Ada jual baju-baju untuk lelaki. He always give me 'hadiah' , so...anda jugak mungkin dapat hadiah tuh kalau anda menjadi pelanggan The Closet. :D
What kind of hadiah, rahsia. Hehehe.. But, seriously, by from him, he promised the cheapest price in town..!
Klik the Closet above, link to the facebook page. :)

Fruity Gorgeous
Get your gorgeous shawl and scarfs here...!

Hokey,hokey,hokey... Ini pulak online shop my school batch mate kat Langkawi dulu. Bukan nak tipu la, owner dia pun memang gorgeous, tudung-tudung yang dia jual pun lawa-lawa and sangat trendy and some cute scarf accessories.
She also offering a FREE 2 hour session skin care class and makeup tutorials at your place. 




So, for more information, just click the link above, click on the Fruity Gorgeous above to go to her facebook page. :D



It's a new online shop run by my friends , sitting next to me in standard 6. :p She's a nice girl. Selling variety of fashion thingy, but the most special is the button matric card strap. Veeerrry nice...! Mas sendiri dah beli. :D
Colourful button, you can choose, custom made for you. Not only made as  matric card strap but also another creative products like handphone strap, bracelet and pin. :)




Nice kan. Berminat? Klik kat Calyspo Timo kat atas, it will link you the the facebook page and just inbox them for your order. :)



 Noona Shop



Untuk kelihatan lebih bergaya, handbag pastinya menjadi pilihan bagi para gadis. Noona shop lah tempatnya..! Jom usha. Pelbagai style bag diniagakan. Ini pun online shop batch mate masa kat Langkawi dulu. Saya kenal orangnya, tak da tipu-tipu, so jangan ragu-ragu, aturkan langkahmu, and put your order now...! :D







Ok, sekian saja rasanya. Banyak kan kawan-kawan saya yang berbisness... :) Saya kenal mereka, so saya yakin mereka peniaga yang berdedikasi. Friends not only friends, they are my online shopping complex too now...! :) Happy shopping guys...! 

p/s : Iklan ini tidak berbayar, jangan risau, sekadar nak promote, tiada bayaran bagi yang dipromote dan yang melihatnya. :) Tapi kalau nak bagi free gift ke hape ke boleh aja.. :P



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, September 20, 2012

DIY : Mr Moustache Tote Bag




Assalamualaikum and hai everyone. Malaysian or not, may Allah S.W.T bless you. During the semester break, I had done a lot of handmade crafts. One of them is Mr Moustache Tote Bag. It's was designed and made by me, with the help from my supermom...! 

Like seriously, I really, really want to make this kind of bag, with the moustache since long time ago, and Alhamdulillah i make it out real...! I went crazy with this moustache things since it famous in Tumblr. Oh ya, if you wanna see my tumblr profile, just click TUMBLR on the right side bar,ok. :P 

The first thing I did was designing the shape of the tote bag you want. As a first timer in sewing a bag, i just sketch it simple, with rectangular shape. And a moustache on it, most important part :P



About the size, i make it big about 18 x 13 inch, so my A3 sketch book or laptop can fit into it. Sorry, i'm not providing any precise guide or template, you can just google. Seriously, there's a lot of generous people sharing their ideas on sewing canvas tote bag. Oh ya, i'm using canvas fabric. I took my mom's extra fabric. I'm just practising sustainability and saving cost. >.< She use this kind of fabric to sew table cloth and table runner. She made it real and gorgeous. Seriously, just sew it by yourself instead of paying a sum of money for table runner because, it's sooooo easy and simple...! For the moustache, I used felt, cotton fabric and I put fibre in it so it's a bit like moustache plushie attached on the bag.



I designed it, I cut the fabric out with the size and sewing the moustache by hand was also done by me. My gorgeous mom did the sewing part. I'm not brave enough to use the sewing machine.....yet. The loud machinery sound scaring me....  Tiffany do nothing, just disturbing me..... -_-"


And in a blink of eyes..........Taraaaaa....!
It's not so fast as a blink of eyes...Just kidding, :P 




When you put a lot of effort on it, and it turn out well, it is just so satisfying and worthwhile. But if it's not turn out well, don't give up, keep trying, cause Allah giving you an extra experience of life. And please do feel great using this bag and bring it around your campus. Cause I do feel so. You must too, cause it's your very own handmade bag...!

Handmade craft is so exciting....! 
Till we meet again...see yah.
Assalamualaikum, have a nice day. 


If there's any request asking me to make it for them, i'll think about it. :)
Just let me know by  inbox me a mail at  The Little Ribbon .

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Wednesday, September 5, 2012

Pathetic Raya : Mr Strong Man, will eternally be in my heart.

Di saat semua kaum Muslim menyambut hari kemengan, Hari Raya Aidilfitri dengan riangnya, berbeza dengan aku dan keluarga.. Pada hari raya kedua, Tok Ayah dimasukkan ke hospital kerana pendarahan dalaman yang masih tidak pulih. Sejak itu, kami semua berulang alik ke hospital lebih seminggu. Tiada apa yang dapat kami lakukan selain berdoa meminta yang terbaik buat Tok ayah daripada Allah S.W.T. Yang Maha Kuasa. Alunan bacaan Yassin juga sentiasa kedengaran tidak putus, semuanya untuk Tok Ayah. 






Saat dia terbaring semakin hari semakin lemah, kami sekeluarga bertambah resah. Di saat dia tidak lagi mampu makan walaupun secebis roti, aku masih dan sangat berharap dia akan pulih dan aku masih berpeluang menyuapkan makanan untuk dia. Aku masih berharap dia akan pulih seperti sebelumnya dan meminta secawan teh dan kuih, meminta sebatang pen untuk menulis pada diarinya dan masih mampu tersenyum serta bergurau senda.  Aku pasti anak-anak dan cucu-cucunya yang lain juga mahukan keadaan itu, seperti sebelum ini. Pada 6 Syawal, kami sekeluarga mendapat berita yang sangat tidak menyenangkan, anggota badannya telah dijangkiti kuman, jantungnya semakin lemah. Mesin yang berfungsi menunjukkan degupan jantung  hanya 20-30.  Melihat keadaannya seperti itu, mengalir air jernih dari tubir mata setiap anak cucu dan saudaranya yang datang melawat.

Pada 9 Syawal, aku tidak rasa seperti ingin tidur. Pada 10 Syawal, seawal 5.25 pagi telefon di rumah berdering dan aku pasti panggilan itu bukanlah panggilan yang menyenangkan. Selesai mama bercakap di  telefon, mama beritahu kami, "Tok yah dah tak da." Ayat itu sudah aku jangkakan tetapi hati masih hati  tidak mahu terima. Pada 5.05 pagi dia telah pergi dengan tenang meninggalkan semuanya di alam duniawi ini.

Selepas Subuh, kami terus bertolak balik ke Alor Star. Membantu ahli keluarga lain mengemas rumah sebelum jenazah tok ayah tiba di rumah. Saat keranda diangkat masuk ke dalam rumah, terasa bagai sesuatu yang sangat pilu, tanpa sebarang kata, air mata lebat berjuraian di pipi. Aku berdiri di hadapan katil di mana jenazah tok ayah diletakkan, segala pilu di hati bagaikan terus hilang selepas melihat wajahnya yang tenang, bersih dan segak. Bukan khayalan aku, tetapi saudara mara lain jugak berkata begitu. Lantas menenangkan hatiku yang sangat pilu. Di saat itu aku mula redha dengan segalanya.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tok ayah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Derga, Alor Star seperti yang dipintanya sebelum ini. Aku percaya Allah s.w.t telah mengaturkan yang terbaik buatnya dan buat kami semua.

What I can say  about him, he is a great man, a strong man. Kindness and generosity always inside him. :')
Semoga tok ayah tenang di sana, di alam baru. Tiada apa yang dapat kami rasakan, hanya rindu yang teramat.

Hari ini, genaplah seminggu tok ayah meninggalkan kami. Apa yang mampu diberikan sebgai tanda kasih kepada tok ayah dari kami keluarganya dan sahabat-sahabatnya ialah doa, Al-Fatihah , tahlil dan bacaan Yassin.

Buat yang sedang membaca nukilan ini, marilah bersama menadah tangan dan sedekahkan Al-Fatihah dan secebis doa buatnya.



Tok ayah, you will eternally be in my heart.





mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Tuesday, August 14, 2012

Day 5 : Kembali ke Tanah Air


Malaysia tetap dihati. 

Assalamualaikum. Ini last last entry pasal trip to China.  Hari ke-5, masih di Hong Kong merupakan hari terakhir trip nih. Bangun pagi, dengan segarnya. Maklumlah, tidur atas katil empuk macam kek span. Dah semayang subuh, siap-siap, pergi breakfast. Cukup masanya, kami naik bas, meninggalkan Vela Pacific Hotel  dan bertolak ke Kedutaan Malaysia di Hong Kong. 

Owh ya, unikkan bas nih? ada 3 seat and 2 seat. Di Malaysia belum pernah jumpa lagi :)

Nak tawu tak, sebelum sampai Hong Kong nih, mas bayangkan Kedutaan nih officenya sebuah dan terletak dengan gah dan tersergam indah. Wah. Sekali sampai, eh.. kat deret-deret rumah kedai je??? Tu masa belum masuk dan tak pandang atas. Sekali masuk dalam... Perrhh.. Naik lif ke tingkat 20+ (kalau tak silap la), dah tu naik pulak tangga... Sampai lah kat dewannya, pemandangan dari atas tuh, memang tip top...!  Subhanallah... Moral of the story : Don't judge a book by it's cover.


Antara VIP pada hari tersebut.... 

Intai Makanan yang dah siap dihidangkan. ;)
Oh ya, tujuan kami ke sini adalah untuk bertemu Jeneral Konsulat Malaysia di Hong Kong nih. Banyak info bermanfaat serta kata-kata semangat yang mampu merangsang kesungguhan diri yang kami dapat semasa sesi ini berlangsung. Share sikit ye info yang Mas dapat.... :)

Kisah Hong Kong
Hong Kong merupakan sebuah tanah jajahan British sama seperti Malaysia. ( Baru perasan, sebab tu plag elektrik tuh, sama dengan kat Malaysia, kalau nak pi Hong Kong tak yah risau boleh terus cucuk tanpa perlu guna universal adapter. ) Sejak dipegang oleh British lagi, Hong Kong telah mengorak langkah menuju kemajuan dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri berbanding China. Hong Kong dikatakan baru sahaja diserahkan kembali kepada Tanah Besar China sejak tahun 1997. Walaupun Hong Kong kini berada dibawah negara China, Hong Kong memiliki pentadbirannya yang tersendiri dan  menggunakan mata wang yang berbeza dengan China iaitu Hong Kong Dollar berbanding di China, Reminbi. Kiranya Hong Kong nih memiliki pembangunan dan kemajuannya yang diusahakan dengan istilah berdikari. Teringat kata-kata Tuan Jeneral Konsulat, Hong Kong bagaikan angsa bertelur emas milik China. Kalau nak baca lebih detail, sila klik sini... 
Best jugak lah dengar cerita yang disampaikan oleh Jeneral Konsulat Malaysia kita nih.. :) 
Sesi mengenyangkan perut dijalankan seiring dengan sesi soal jawab. Oh, bab makan, memang sedap.
Terdengar suara-suara yang berkata...
"Akhirnya jumpa jugak makanan Malaysia...!"
Mas setuju....! Dah empat hari makan makanan masakan Cina, bila jumpa makan Malaysia, rasa macam.....
'Finally, jumpa jugak selera tekak aku nih....!'
Makanan memang sedap, serius tak tipu. Tip top.




   





Terima kasih kepada orang sebelah kerana sumbangkan timun. Barulah berseri pinggan nasi lemak mas nih. Lupa pulak siapa orang sebelah yang baik hati tuh, ye lah.. kawan-kawan saya semua baik hati. :D



Sebelum balik nak jugak bergambar kenangan di board nih kan. Bukti kedatanganku ke sana. :P
Seterusnya, kami pun bertolak ke Hong Kong International Airport. Sebelum tuh sepatutnya pergi makan dim sum halal yang paling sedap di Hong Kong, tapi...kerana masa begitu mencemburui kami......... -_-" 
Bila tour guide cakap "Kita tak jadi makan dim sum ye.. Dah tak sempat nih, takut lambat check in", seriously mas sangat kechewa.... kerana semalamnya tuh mas dah berangan-angan nak makan dim sum. Seiring dengan itu, mas kecur liur atau orang Kedah macam mas nih cakap, telan liuq. Lastly, mas redha ja. Lagi pun perut dah full. Alhamdulillah sahaja. 



Ketika ini mendengar ura-ura, seat K tepi tingkap. Berdebar. 


Naik ja flight, cari tempat duduk... Yeaaa..! Alhamdulillah dapat jugak seat tepi tingkap. Doa dimakbulkan. ;) Yeaa lagi sekali kawan sebelah rupa-rupanya Waridah, and bukan entah siapa-siapa. :P
So, bersedialah anda untuk lihat pemandangan Hong Kong dari atas... Weeeee...! 
Teruja sangat. Bila tengok dari atas, rasa macam  tengok buku geografi. 


Subhanallah.. terima kasih ya Allah, keran Kau berikan aku peluang untuk menikmati keindahan dunia ciptaanMu. Terharu saat ini. :')


Tak lama lepas kapal terbang stabil di awanan biru macam lagu awan dania, pramugari-pramugari jelita sibuk menghidangkan makanan. Kali ini, special sikit, makanan khas untuk Muslim. 

Berteka-teki..apa lah makan kali nih ye... Mood makan mas melonjak-lonjak. ( Kau sentiasa melonjak mood makan, mastura... :P )

Debar-debar jantungku....... ( Sebutkan dengan irama dangdut...)
-
--
---
----
-----
Jeng Jeng jeng....


Untuk beberapa ketika, aku tenung menda alah nih. Beberapa soalan bermain di benak fikiran... Menate apakah ini... ? Haruskah aku makan? Wajibkah? Perlukah?
Dan, aku makan jugak... tapi satu je.. Tak mampu dah nak masukkan lagi satu... Nasib baik ada makanan lain.... 



Lambat je roti nih nak habes.... Ye lah makan roti dengan majerin je.. Cuba kalau letak gula sikit.. Bakar sikit...Perhhh.. Rangup, panas... 
Dan masa nih terdengar suara-suara ayu pramugari bertanya pada epnumpang-penumpang lain, "Excuse me Sir, you want chicken rice or pasta?"

And I was like.....

'Chicken Rice or Pasta ????
Dekat aku kau tak tanya pulak....?'

Cuba tenangkan hati.. mungkin makanan tuh tak dijamin halal, sebab tuh dia tak bagi mahupun tanya... Pasghah...! Sambung makan roti tak berperisa sambil menikmati pemandangan awan putih macam gula-gula kapas. 


   Tolong kagum dengan keindahan ciptaan Allah nih. Aku tergamam tengok pemandangan ni. Subhanallah...!


Perjalanan sepatutnya mengamnbil masa 3 jam, tetapi kali ini 3 jam setengah. Terasa gegaran-gegaran, ku lontarkan pandangan ke luar tingkap, putih...


Banyak kali jugak mas tenung benda nih, betul -38 degree celcius? Nih, kalau mas kat luar nih beku lah ye?
Itu lah antara persoalan yang bermain diminda. 
Tapi yang mas pasti cuaca kurang elok pada ketika itu...menyebabkan perjalanan sedikit lambat.

Dan akhirnya.......! sampai jugak ke Malaysia atau lebih detail, Penang...!



Nampak tak line tuh? Itu adalah Jambatan Pulau Pinang. ;)



Inilah serba sedikit pengalaman mas pergi ke negara orang, it's was awesome...! Peluang nih sangat bermanfaat bagi mas, bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan. It's so true.

Antara manfaatnya ialah:
1. Dapat luaskan pandangan dan fikiran serta idea dalam bidang architecture, kerana China antara negara yang memiliki bangunan-bangunan yang awesome. Sangat kagum sebenarnya dengan seni bina bangunan-bangunan di China. ( Walaupun trip nih bukan trip course aku...)

2. Dapat luaskan pandangan aku dalam istilah kehidupan.
Jika di Malaysia, pe'el (tabiat) rakyatnya lain, lain pula di Hong Kong dan China. Ada yang positif dan negatif. Buang yang keruh ambil yang jernih. Ilmu dalam bidang perniagaan diorang, kehidupan dan suasana di sana. Banyak lah...

3. Membuatkan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku miliki. Alhamdulillah. :')
Aku terharu dengan nikmat dan peluang serta kesempatan yang satu per satu Allah berikan kepada aku semasa lawatan nih. Sooo many...! Yang penting aku tahu Allah sayangkan aku. Masalah datang, penyelesaian menyusul. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya.

4. Peluang aku merasa manisnya bersaudara dalam Islam.
Ketika di sana, bila ada Muslim atau Muslimah, mereka pasti menegur kami. Beri salam, bertanya asal tempat. :) Seronok. Paling seronok, dapat dengar suara imam dan jemaah berjemaah dalam mazhab dan loghat mereka. Untuk seketika,aku tergamam. Ini berlaku ketika aku di sebuah masjid ketika di Hong Kong. Ada satu perasaan yang menguatkan perasaan sayang terhadap Islam. Islam itu Universal. Islam itu menyeluruh. Sesuai diaplikasikan dimana jua.

5. Banyak lagi...
Banyak lagi manfaatnya yang aku tak larat dah nak senaraikan.... :P


Appreciation 
Thousands of thanks to.....

Allah S.W.T.
USM
Majlis Penghuni Desasiswa Restu, USM
Penaja-penaja
Parents and family
Friends

Tak lupa jugak kepada yang mencemburui dan pemberi kata-kata nista dan hina... hikhikhik.. :P
Jangan jeles, alhamdulillah ini rezeki saya, mana tawu esok-esok rezeki awak pulak kan?
Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
:)

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Teruskan berdoa, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.


p/s : Kalau ada rezeki aku teringin nak terbang ke Tanah Suci dengan keluarga tercinta, kerana aku tahu di sana adalah tempat terbaik di dunia. Berusaha dan terus berusaha. 


Jom baca entry sebelum ini...
Day 1, Day 2, Day 3 and Day 4

Check out blog of my friends yang turut berceloteh tentang trip ini. Mereka punya persepi dan gaya penulisan yang berbeza dan bagus. 

Penulisan beliau ada kesan. Kagum.

Gambar beliau cantik-cantik. Best.

Ok sekian, assalamualaikum. Papai.

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)