Thursday, December 5, 2013

Nukilan jari bicara hati.



Bila Merah yang Putih Hitam

Merah yang putih tertitik hitam
Menarik dalam gelita yang terang
Terus dan terus
Terpusing akal mencari jawapan
Ini merah atau hitam.

Andai merah ini tidak lagi putih dek titik hitam
Berlah aku titik putih pada merah ini
Sekalipun titiknya beribu untuk tembali merah seputih

Langkah kita perlu ke depan
Membawa mimpi pada realiti
Bukan terundur kebelakang menggalas bakul dosa.

Cekallah iman
Tabahlah hati
Rasalah dengan manis kebenaran
Bukan pahit kesalahan

Aku yang hina berpalit najis dosa
Engkau yang Maha Suci dan berkuasa
Tunjukkanlah aku cahaya
Teguhkan imanku hanya padaMu 
Kerana aku ingin kembali padaMu seputih bersih. 

-MZ-

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Saturday, June 8, 2013

Kekurangan besar kala Ramdhan yang bakal menjelma

Solat Asar ku tunaikan lewat hari ini. Seorang diri menyusun langkah ke surau bertemankan sinaran matahari yang perlahan mula jatuh ke barat, suasananya hening sekali. Sayu tiba-tiba. Usai solat, seperti  biasa tangan ku tadahkan mengahadap Ilahi, memohon satu per satu daripadaNya. Keampunan ku pinta bukan sahaja buat diriku malah untuk setiap insan yang ku kenal dan saudara seIslamku. Sampai masa nama tok ayah dan maktok meniti bibir, air jernih mula menitis syahdu menuruni pipi… Sebak… Sedar kedatangan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi akan terasa kekurangannya.


Ramadhan yang lepas aku masih punya tok ayah dan maktok. Walaupun ketika itu kedua-duanya sudah sakit dan uzur. Hanya mampu terbaring dan bertatih perlahan, itu sudah cukup. Cukup melegakan hati melihat keduanya di depan mata. Rasa cukup masih punya mereka memanggil-manggil. Rasa cukup masih punya mereka bertanya khabar, masih punya mereka menunggu kepulangan kami tiap hujung minggu berbuka puasa bersama dan masih punya mereka untuk disuapkan makanan yang kami bawa.
Acap kali ke terdengar, “Ramadhan kali ini, hayatilah sepenuhnya, kerna mungkin Ramadhan akan datang tidak sama lagi. Entah sempat entahkan tidak”.  Iya, memang benar, belum pun tiba Ramadhan aku sudah terasa kekurangnya berbanding tahun lepas. Besar sekali kekurangan itu. Kekurang yang tak mungkin dipenuhi kembali. Tahun  sebelumnya, Tok ayah dan maktok masih punya kudrat bersama kami sekelurga ke masjid bersolat teraweh bersama. Bersama maktok  solat hanya di tingkat bawah. Sakit lutut katanya. Berjalan juga perlahan. Tok ayah masih mampu bergurau senda melakar jenaka dengan anak cucu. Tapi, setahun kemudian, kala Ramdhan maktok hanya mampu bertatih perlahan, tok ayah pula hanya mampu terbaring di atas katil, tiada lagi kudrat untuk bangun sekalipun hanya duduk.  Ketara sekali . Sedang berbuka, sesekali menjenguk ke dalam bilik. Tidurkah dia? Hendak minum air kah dia ? Sakitkah dia ?


Seiring itu, maktok masih selera makan kala ramai bersama anak cucu. Memerhati kami makan, selera katanya. Selepas berbuka aku akan baring sebelah tok ayah, bercakap dengannya. Bergilir-gilir kami menemani tok ayah. Sayu hati jika lihat tok ayah keseorangan terbaring di atas katil di dalam bilik. Lantas suasana itu aku elakkan. Ada kala kami semua hanya duduk dan bersembang di dalam bilik itu. Cerita itu dan ini, maktok masih boleh berceloteh, tak kurang juga tok ayah yang menyelit kata-kata dalam bicara kami.





Tapi berbeza suansananya kini. Kala sampai di rumah itu, tiada lagi yang menyambut. Kala sampai di hadapan pintu rumah itu, tiada lagi yang menerpa membuka pintu buat kami. Kala kaki melangkah masuk, terasa sayu. Kini, bilik itu sepi, kosong dan tidak berpenghuni. Mereka sudah berpindah. Berpindah alam. Tak terubat rindu di hati. Aku yakin bukan aku saja yang meggalas bebanan rasa ini, tapi seluruh keluarga kami, anak menantu dan cucu maktok dan tok ayah. Aku yakin itu.


Rindunya pada mereka mengarah kaki ke setiap pelusuk rumah itu. Pertama sekali ke ruangan tamu utama. Di situ tempat berkumpul kami sekeluarga setiap kali raya. Lengkap semuanya. Bersalam dan memohon ampun sesama kami. Bayangan itu hilang, titisan air mata pula menerpa. Ku toleh pula ke dada dinding konkrit yang masih kukuh. Terlekap indah gambar-gambar maktok dan tok ayah. Budiman sekali senyuman tok ayah. Ramah dan mesranya maktok tergambar di senyuman beliau. Bukan satu, tapi banyak. Ku teliti pula gambar-gambar kecil yang dikumpul tok ayah dalam almari kaca. Gambar anak-anak cucunya. Iya,kami. Terlintas difikiran, mungkin ini  yang tok ayah lakukan kala rindukan kami yang tidak pulang, kala hanya mereka berdua di rumah itu.  Berjalan dan melihat gambar – gambar yang disusunnya rapi dalam almari kaca itu. Mungkin terubat rindu di hatinya. Sayu lagi hati ini menggambarkan keadaan itu. Rapinya rumah itu kerana tok ayah yang rajin mengemas, meringankan bebanan maktok yang sering sakit. Iya, mereka manis. Manis bersama dalam suka dan duka. Mereka akrab. Ke mana sahaja pasti bersama. Takdir mereka juga dekat. Perginya tok ayah disusuli maktok tidak lama kemudian. Meninggalkan kami dalam derita. Derita rindu yang tak mungkin terubat. Pintaku semoga maktok dan tok ayah aman dan tenang di sana.




“ Ya Allah, ampunilah dosa mereka, jauhilah merea dari azab seksaan kubur dan api neraka Mu, redhailah mereka, berkatilah mereka di alam barzakh sana, dan pertemukanlah meraka berdua dan kami semua di dalam Jannah Mu di akhirat kelak. Aamiin, ya Rabbil a la min."






mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, May 24, 2013

Palitan kata : Alam dan perjalan sang kerdil.





Langit...bagai satu dunia lain...
Luas terbentang di atas sana...
Punya awan yang tergantung dan berarak perlahan dan aman..
memberi ruang si mentari mencelah dan menyinsing
pada masanya tiba untuk menyinari alam
dan menerangi perjalanan manusia...
hari demi hari dengan matlamat dan arah yang satu. 


Bila angin mula berbisik aneh....
Bahangnya terasa menganggu keselesaan... 
Langit mula menunjukkan kegelapannya 
melindungi sinaran mentari yang tadi megah menjadi raja langit,
Terdetik di hati hujan akan berbicara lebat..
Dalam bahasa dan nada alam...

Pandangan ku terus ke arah langit....
Bicaranya kadangkala kasar...
Panahan kilat dan tempikan guruh turut serta menambah sayu dihati
Menguris hati yang lembut dan halus...
Membataskan gerakan kaki dan melemahkan semangat yang sedia kurang....

Bila ia mula renyai.... Hati mula menyusun harapan 
yang tadi bagai berselerakan jatuh di atas tanah..
Bila hanya gerimis yang jatuh ke bumi, awan yang tadi gelap mula
membebaskan sinaran mentari yang tadi ditawan...

Senyuman mula terukir di dada langit...
Palitan warna-warna pelangi mula terlakar 
entah dari mana hingga ke mana..
Bagai memberi harapan baru buat insan bernama manusia...

Yakinlah wahai hati, ianya sesuatu kepastian yang telah tertulis...
Walaupun jalan sentiasa berliku dan mendung, 
Allah itu ada... 
Allah sentiasa bersama...
Itu janji Tuhan yang Maha Esa
buat hambanya yang berselarakan di atas hamparan bumi
bermula dengan Adam dan Hawa sehingga ke akhirnya.... . 

Yakin lah dan terus berjalan ke hadapan. 



-Palitan kata jari jemari Mastura Atiqah-





mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, May 23, 2013

Spread the positivity in you to the community...!

Assalamualaikum. Kesibukan dengan dunia realiti membataskan jari dari berceloteh di alam maya. 
Sebagai balasan dendam terpendam ini, kali ni Mas akan cerita pasal Program Lestari Jejawi, sebuah program khidmat komuniti anjuran pihak pusat pengajian yang dikendalikan oleh pelajar HBP sendiri. 

Masa dengar-dengar pasal program ni, memang dah duduk tak diam dah. Program yang dah lama Mas teringin nak ikut serta. Alhamdulillah, ada peluang kali nih. :) Lepas je pengumum pasal penyertaan program ni, terus Mas mesej Ketua Projek, cakap nak join. Program selama 3 hari nih terisi dengan aktiviti mengubah suai landskap taman sekolah ini dan jugak program motivasi untuk murid Tahun 6 yang bakal hadapi UPSR.
Kata cikgu, kamilah  Mahasiswa yang berbakti kepada masyarakat. :) 

Well... people said a picture tell thousands word. So, let the pictures do the talking visually.....with the help of some captions maybe... :)


 Adik-adik sambut kakak-kakak dan abang-abang USM dengan paluan kompang. Terharu. Rasa macam pengantin. Eh, tiba-tiba. 


Landskap asal.

 Strategi peperangan .... 





Along yang sentiasa excited dan ceria. :)



 Cik Aqila sedang menggembur tanah dengan gaya tersendiri. 

He's an artist. 

Cantik, kan? So, let's say Subhanallah.... :)


Hari kedua, pagi disambut dengan sinaran sang mentari. Mas rasa langit kat Perlis nih macam lain sikit. Cantik. :)



Hokey, hokey. Mural day...! Ini pertandingan okey. :)

Nad memang sentiasa suka bergambar. Dari dulu lagi. :) 


Dah nampak dah seri dan aura baru. 



Dah penat-penat buat kerja, sebelah malamnya kami pergi  ke Kuala Perlis, makan seafood and ais kacang. Special or standard? Ais kacang saya, tertukar dengan ais kacang pasang merpati dua sejoli. 


 Langit pagi di Perlis, pada hari terakhir. Serious, langit di Perlis nih lain macam sikit cantiknya. 


 I like cloud. Always like them much. 

 Finally....!
Hasil penat lelah terbayar melihat hasil landskap yang cantik. :) 
Hasil usaha semua. Semua yang berusaha. :)
Projek Taman Lestari SMK Jejawi.  


Gambar di atas dari lensa kamera saya. Di bawah gambar saya dari lensa kamera mereka yang berseni.
Bukti saya bergembira dan sangat enjoy program nih. Hehe.. Asyik tunjuk gigi je. 




Sekian, Papai. Assalamualaikum. :)







mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, February 15, 2013

DIY : The Rose, The Secret



Assalamualaikum . Hi friends. DIY tutorial or handmade stuff again. This time it's not totally handmade but it's something like make up or make things look better. Yes, it's important for something to look better. I bought a pouch for my MP5, or music player last time. But, unfortunately I din't get the pink colour that I always want. I got the brown colour. I told myself, it's ok, it's vintage colour, it's still classy. (Just to comfort my self. Hahaha. Childish me. ) 

When i'm home, I thought of doing something, to make it better. Then, roses blooming in my mind, and I got it..! An abstract rose motive...! 

Then, I just came out with that idea and start cutting the felt. And sew it on. And tara....! 


This picture taken before the felt was sew on the pouch. 

That's all, thanks...! Bye. 



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Wednesday, February 13, 2013

Jalan-jalan di Penang Hill


Assalamualaikum. Penah sampai Penang Hill tak ? Penang Hill atau Bukit Bendera terletak di Pulau Pinang, of course. Kalau nak pergi naik kereta, ikut je signboard. :P Hari tuh Mas pergi naik bas, kalau nak pergi naik bas, sila naik bas Rapid Penang bernombor 204. 

Kalau anda seorang pelajar, sila bawak kad pelajar dan Mykad, RM4 sahaja pergi balik. RM8 untuk dewasa, perlu tunjuk MyKad, kalau tak, anda akan dicaj hari pelancong asing, RM30....! Untuk keterangan lanjut, baca sendiri papan maklumat harga kat bawah ni. Ha..masa beratur tuh boleh la berselawat sambil-sambil ye. Dapat jugak pahala sementara menunggu. Panjang okay, sangat panjang beratur nak beli tiket nih, macam nak naik mainan kat Disneyland..! Kalau hari cuti lah, kalau tak cuti mungkin tak ramai kot. 


Dah dapat tiket, beratur untuk naik train ke puncak Penang Hill. Curam beb. Scary jugak mula-mula naik, tapi nasib baik train tuh laju, so tak lah takut sangat. Kalau takut naik train, anda boleh jalan kaki mendaki Bukit Bendera nih ye, ada disediakan laluan untuk pendaki. Hihihi... 

Ini antara pemandangan yang dapat dilihat semasa dalam perjalanan naik ke atas puncak.




      Hampir 10 minit macam tuh sampai lah !  Antara pemandangan ketika sampai di atas Bukit Bendera. Masa nih dalam pukul 11 lebih macam tuh. Pemandagan jauh masih dikaburi kabus, mungkin. 


Nah, pemandangan Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera...! Kalau tak clear tengok dengan mata kasar, boleh guna teropong. Jap, macam lawak ja sebut teropong, but yes, it is. Tapi kena bayar lah, nothing free in this world. You need to pay to talk, here you need to pay to see. :)
Dua keping syiling 50 sen. Dua keping ye, masuk sekeping belum boleh tengok apa-apa cuma men in BLACK sahaja yang anda nampak. 




Macam robot je menda alah teropong nih...! 



And yeaaah, anda di Bukit Bendera, bukan tiang bendera...! Jom jalan-jalan tengok apa yang ada atas Bukit Bnedera nih. It's my first time actually. 

Macam-macam ada rupanya kat atas nih, pertunjukan ular, museum burung hantu, cafe and etc. Boleh tahan banyak jugak makanan dan minuman kat cafe tuh, tempat pun menarik dan cantik. Of course harga pun cantik...!
Nampak macam setingkat je kan, but actually 3 tingkat kalau tak silap. Design yang cantik dengan material kayu menimbulkan suasana natural. 

   


Tak kurang jugak landscape kat atas tuh, cantik dengan flora berwarna warni. 






Anda jugak boleh naik menda alah ni (tak taw nama), untuk keliling kawasan atas bukit nih. Tak pasti berapa ringgit. Tak naik pun, sebab kat atas nih tak ada mesin atm. :P 

Nih ha, pemandangan yang lebih jelas, sekitar jam 12.30 tengah hari. :)
Cantiknya, subhanallah...... . 

 Dah puas pusing-pusing, beratur pulak nak turun. Lama tak lama sangat lah nak turun nih, kena bersabar. Kalau tak ada kesabaran dan nak cepat, anda boleh jadi tenggiling, golek-golekkan badan turun ke bawah. Ok, tak lawak. 



Sebelum pergi, anda boleh lah semak aktiviti menarik atau update tentang Bukit Bendera nih, melalui laman web Penang Hill.  :) Berbaloi jugak bayar RM4 untuk 2 way, naik dan turun . Memang best. :) Sekian, papai. Assalamualaikum. 




mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)