Hai.. alhamdulillah masih rajin nak update... Kali ini kisah tentang hari kedua di Guangzhou, China.pukul 6 nak bangun Subuh. Seperti biasa, pastinya bukan aku yang bangun dahulu... Amalina, or Ama my roomate yang kejutkan.. Cahaya matahari pagi sudah tersimbah masuk ke dalam bilik melalui sebuah cermin atau tingkap yang luas. Masing-masing terkejut, kiranya sudah pukul 9, habes la kena tinggal dengan yang lain. Tengok jam, rupanya baru 6.30 pagi. 6.30 pagi di sana sebenarnya lebih kurang waktu Dhuha di Malaysia macam pukl 8.30- 9 pagi macam tuh. Usai solat Subuh gajah, bersiap dan turun sarapan. Masa tuh baru lah tahu yang subuh kat China pukul 4.30 pagi, terdengar Kak Mala berceloteh.Waktu solat yang lain lebih kurang je dengan Malaysia.
Breakfast di hotel nih, tak perlu risau memang disajikan makanan halal. Menurut Mr.Ken, Guangzhou dan Shenzhen memang ramai beragama Islam sebab tu ada Muslim hotel.
Rencana utama kami pada hari kedua adalah ke South China University of Technology. Tujuan asal adalah untuk mengadakan round table conference bagi membincangkan isu-isu universiti dan pelajar-pelajar. Di saat akhir kami hanya mengadakan sesi pembentangan oleh SCUT dan sesi soal jawab antara pelajar USM dan SCUT untuk para pelajar. Manakala pengurusan pula megadakan perbincangan yang lebih serius. Universiti ni sangat cantik, ia merupakan sebuah universiti milik kerajaan China.
Kawasan sekitar SCUT, cantik, sunyi dan nyaman. Semua bangunannya hampir sama. Landskap yang sangat menarik dan menenangkan. Ketika ini suasana sunyi, pelajarnya sedang menghadapi musim peperiksaan.
Semasa lawatan kami, pelajar SCUT sedang menghadapi peperiksaan akhir. Kebetulan ketika pusing-pusing kampus, waktu mereka selesai peperiksaan. Baru nampak muka-muka pelajar SCUT nih. :)
Bergambar kenangan sebelum balik :) Nak bergambar bertiga kat bawah perkataan SCUT kat belakang tuh, tapi untuk mengelakkan ditinggal sebab lambat ambil gambar macam nih pun booleehhhh la... .:P
Selesai sudah lawatan kami ke SCUT.
Bergambar bersama pihak pengurusan SCUT.
Setelah itu, kami pergi isi perut. Nak refill tenaga, banyak lagi aktiviti menanti. Makan macam biasalah kan... penuh meja. Sedap itu pasti.
Dah makan, solat pulak. Seronok sembahyang masa jenjalan jauh nih. Boleh jamak. Boleh Qasar. Islam itu mudah dan memudahkan. :) Ok, kami ke sebuah masjid. Masjid nih macam ajaib sikit la. Di tengah-tengah kesibukan kota (ayat nak karangan je kan...), langakah je kaki ke dalam kawasan masjid, rasa sangat nyaman. Masjid dalam taman konsepnya,mungkin. Untuk sampai ke ruangan solat kami perlu berjalan selama beberapa minit. Menikmati keindahan landskap yang terjaga rapi. Masjid ini merupakan sebuah tempat bersejarah di Guangzhou, China, saya yakin. Tapi sayang sekali saya lupa la pulak apa nama masjid nih. -_-"
Nampak tak masjid nya tuh. Itu lah masjidnya. Dah sampai, eh..kat mana tempat wudhuk? Kat mana tandas? Dan yang penting kat mana tempat solat wanita ? Nasib baik ada Lina yang pandai bertutur mandarin. :)
Terasa macam cantik pulak kalau amik gambar nih. This is my friend, Waridah. :) Waridah jangan marah eh amik gambar nih. :P
Dah solat, pusing-pusing kawasan masjid. Bergambar. :)
Ini ialah Shabi Well, perigi pertama yang dikorek oleh Saad Abi Waqqas, bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W lebih kurang 1300 tahun yang lalu. Waridah ngan Kak Ju rasa air nih, katanya rasa karat sikit, mungkin sebab pam besi tuh yang dah berkarat.
Sangat lah macam dalam drama cina pukul 6 petang kat tv3 tuh. Macam zaman dinasti-dinasti gitu....
Destinasi seterusnya ialah ke kilang basikal elektrik. Sangat lestari. Kilang ini menghasilkan motosikal dan basikal yang menggunakan tenaga elektrik, tidak menggunakan petrol yang mencemarkan alam. Kalau boleh nak ja beli satu.. (macam lah bawak duit berjuta kan..... )
Cerita sikit eh..
semasa lawatan kami ke kilang ni, sambutan staff kilang tersebut sangat baik. Kalau nak tahu, kilang nih jual je basikal dalam kuantiti yang sikit. Harga boleh tahan jugak. Murah. Ye lah.. Duit dia.. duit kita, bahagi dua dengan duit dia... Contoh harga sebuah motosikal yang cun.. Dah servey.. RMB 2000, kalau duit kita dalam RM 1000 cam tuh ja. Motor cun, tak yah guna minyak... rm 1000 ja.. sapa tak mau.. habaq mai sat.. Tapi nak bawak balik semua tuh..kos itu..kos ini..kos bagai...
Lepas dah jalan pusing keliling dalam bilik pameran tuh, pergi pulak ke kilang.. atau tempat basikal-basikal dipasang dan disimpan. Uihhh..memang best la kan boleh masuk try segala.. yang penting boleh ambik gambar...
Banyak jugak yang dapat masa lawatan nih, terutamanya tentang kelestarian yang menjadi pegangan keutamaan USM.
Next, shopping time. Kami dibawa ke Guangzhou Fashion Wholesale Market. Banyak sangat-sangat baju kat sini. Tapi harga lebih kurang ja kat Malaysia. Baju-baju tuh pun lebih kurang ja yang ada kat Malaysia. Tak best sangat kot kat sini. Tapi ada jugak yang murah. Yang penting, KENA PANDAI TAWAR...! Lepas makan kami dibawa ke Night Market. Comel-comel night market kat sini. Tak da payung-payung dan meja bagai. Bentang kain atas lantai, susun la barang-barang yang nak dijual. Tapi sampai ja kat sana, macam agak teruja dengan bangunan yang penuh dengan lampu-lampu dan ada screen besar. Ada cam shopping complex, ada jual macam-macam, handbag, rantai, gelang, cinicin,baju, seluar, semua lah.... Harga, memang boleh tahan. Peringatan lagi sekali, SILA TAWAR. :P
Beg RMB 98 boleh dapat RMB 55. Itu baru satu... :) Tempoh masa lebih kurang satu jam setengah ja, so kami pun bagaikan peserta explorace...!
Nama tempat nih ialah :
Shang Xia Jiu, Guangzhou.
Banyak,kan...lampu-lampu... memang diorang nih banyak guna elektrik... Tapi bab air, jimat teramat. Tandas pun tak da paip. Tensyen betul.
Ok, lepas nih, balik bilik terus cari katil. Terus. Tapi tak tido, belek barang-barang yang beli tadi.
Keh, keh,keh,keh..... Kira duit pun kira jugak... duk bajet untuk lagi 3 hari...
Kesimpulannya, untuk hari kedua nih saya banyak belajar untuk tawar menawar. Tawar sehabis boleh. Duit kan limited. Kalau kat tempat-tempat macam ni, boleh tawar. Murah memag murah. t shirt boleh dapat dengan harga RM 7.50. Handbag cun melecun pun boleh dapat dengan belasan ringgit Malaysia sahaja. Tapi kalau sesapa rasa macam nak beli barang branded dan suka melabur ratusan ringgit untuk satu handbag, ini bukan tempat anda. Ini tempat untuk orang macam saya yang mudah jadi crazy bila tengok barang murah dan hanya mampu beli barang murah :P
Lagi satu, tips.. sila hati-hati dengan wang palsu. Kadang-kadang, kita bagi RMB 100 original dan bakinya RMB 80 (contoh) yang dibagi balik adalah PALSU. Inilah taktiknya.. Siapa yang rugi...?? Tempat-tempat macam nih jugak kes-kes wang palsu banyak berleluasa. So, sila hati... Macam mana nak tengok palsu ke palsi, angkat wang kertas tuh ke arah cahaya, jika ada bayang..(bukan bayang.. tapi macam bayang la...) kat bahagian tengah wang kertas tuh... gambar orang tuh, itu maksudnya duit itu duit betul.
Contoh duit mata wang China, reminbi, RMB. Tapi orang kat sana ada jugak yang sebut YUEN. |
Sekian, terima kasih. :)
Sehingga berjumpa lagi di lain entry. Insyallah.
p/s : Sayang tetap sayang walau tali telah terputus. Moga Allah berikan aku hidayah dan peluang serta petunjuk untuk aku baiki diri menjadi insan lebih baik. Sedar kelemahan diri. Banyak.Sangat.
wahh seronok nyer ila lah sy nk sampai sana hmmm
ReplyDeletedo visit n follow
http://myaleo.blogspot.com/2012/07/selamat-ulang-tahun-tunangku.html
Insyallah ada rezeki nanti awak pun akan sampai.. :)
DeleteAssalamaualaikum, sy nak ke Guangzhou bulan depan. Awak ada contact student kat sana tak? Tlg emelkan sy atiqahabubakar@gmailcom
ReplyDeletesaya nk buat visiting program ke sana. ade contact number student di sana? kalu sudi emailkn di aqliahkadir@gmail.com
ReplyDelete