Thursday, July 14, 2011

Potpuorri menyumbang jerebu dalam rumah?



Assalamualaikum, semua..
Sihat kah anda hari ini?
:)

Tajuk entry, Potpuorri Menyumbang Jerebu dalam Rumah?
Iya, memang betul.

ok, hari ni di rancangan Malaysia Hari Ini ada mengupas isu ini. mungkin tak semua orang tonton kan? Yelah, tak semua orang bangun awal macam saya. hehehe..( baru hari ni bangun awal dah nak megah..:P ). So, kali ni saya nak cakapkan pasal pencemaran udara dalam rumah.

Sejak kebelakangan ini, isu jerebu sering menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia terutamanya di ibu kota yang dilanda jerebu. Ramai yang berfikir dan berpendapat, ketika musim jerebu, seelok-eloknya berada di dalam rumah atau 'indoor'. Tidak kurang juga yang berpandangan udara di dalam rumah adalah lebih baik berbanding di luar.

Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat beberapa peralatan atau perhiasan di dalam rumah itu sendiri menyumbang kepada kualiti udara yang rendah dan mungkin lebih buruk berbanding udara di luar.

Antara peralatan atau perhiasan yang menyumbang kepada pencemaran udara dalam rumah ialah..

permaidani, ash tray, POTPOURRI, dapur , air freshner, sabun pencuci lantai and etc.

permaidani, boleh jadi sangat berhabuk di mana boleh menjejaskan kualiti udara di dalam sesebuah rumah. Ash tray pula, ternyata sangat berbahaya kepada sistem pernafasan terutama kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Seelok-eloknya ash tray tidak di letakkan di dalam rumah, dan lagi bagus, STOP SMOKING, everyone will love you.

Potpuorri, bahan pencuci, dan air freshner pula mengandungi sejenis bahan kimia yang boleh tersebar di udara kawasan sekeliling.

Oleh itu, pengudaraan yang baik di dalam rumah adalah sangat perlu dititik beratkan. Pengaliran udara yang baik akan meningkatkan kualiti udara.
Antara langkah yang perlu diambil ialah membuka tingkap atau pintu rumah bagi memastikan pengaliran udara yang lancar dan supaya udara segar dapat masuk dan bagi yang ingin membeli rumah, rumah yang berceilling luas dan tinggi adalah baik bagi pengudaraan di dalam rumah.

Tetapi jangan lah risau, kita bukannya tidak boleh menggunakan langsung bahan-bahan yang disebutkan tadi dan yang seumpama dengannya tetapi perlulah dengan cara penjagaan yang betul, cara penyimpanan yang tepat dan cara pengurusan yang baik.

Bagi penggemar potpori pula jangan lah terus buang potpuorri anda, tetapi anda disarankan supaya mengurangkan potpourri di rumah dan bersederhana sahaja atau lebih baik menggantikannya dengan bahan-bahan organik atau bahan semula jadi seperti bunga segar, daun pandan atau limau purut.

Semoga ilmu pengetahuan ini dapat dimanfaatkan oleh anda dan juga diri saya sendiri.
Sekian, assalamualaikum.







mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

No comments:

Post a Comment