Saturday, February 8, 2014

Pentingnya untuk kita ucapkan 'Insya Allah' dalam setiap perancangan.




Assalamualaikum. Pentingnya untuk kita berkongsi ilmu, kerana ilmu perlu disampaikan dan disebarkan. Tapi, pastikan ilmu tuh 'valid', betul dan sahih. Jangan benda-benda tak elok dan tidak betul pulak disebarkan :) 

Petikan ayat Al-Quran yang terlintas Mas baca, dan teringin untuk berkongsi. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

"Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti akan melakukan itu besok pagi,". Kecuali (dengan mengatakan), Insya Allah. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini." 

Surah Al-Kahf : Ayat 23 dan 24


Ada 2 perkara utama yang aku dapat dari ayat ini. Yang aku harap dapat dikongsikan dengan orang lain. Ianya adalah perkara yang paling basic lah kata orang tapi kita terlepas pandang bahawa setiap perkara kecil sekalipun, perlu untuk kita selitkan ingatkan kita pada Allah S.W.T. 

Pertama 
Ayat ini menerangkan pentingnya untuk kita sentiasa ingatkan Allah terutamanya dalam menjanjikan sesuatu atau ingin melakukan sesuatu. Pada aku, kadang-kala kita terlalu yakin kita akan ada upaya untuk bangun esok pagi dan melakukan itu dan ini. Bertaburan janji dilempar, mengikat peraturan duniawi dengan manusia tanpa sedikit pun mengingatkan keizinan Allah S.W.T. 

Oleh itu, perlu kita selitkan kata-kata kita dengan "Insya Allah" atau yang bermaksud 'Jika diizinkan Allah'. 
Fikirlah, jika kita berjanji itu dan ini, padahal esoknya Allah S.W.T tidak mengizinkannya, maka ia tidak akan berlaku, maka janji tadi ke mana? Dan pasti adanya perasaan tidak enak.  Dengan lafaz ini juga, membuatkan kita sedar setiap perancangan kita, Allah S.W.T. lah yang berkuasa memutuskan untuk berlaku atau tidak. Dengan lafaz ini juga membuatkan kita sedar, betapa kecilnya kita, kudrat kita, dan betapa Allah S.W.T itu Maha Esa dan Maha Berkuasa. Apabila kita ingat akan Tuhan yang Agung ini, Insya Allah tidak akan tersasar melakukan perbuatan yang buruk dan pasti ada redhaNya dalam setiap perlakuan kita. Insya Allah. :)

Kedua
Sesungguhnya Allah S.W.T.  sangat permurah. Sudahlah kurniakan kita dengan Al-Quran sebagai panduan, diselitkan pula dengan talian hayat untuk kita pada masa kecemasan. Allah S.W.T berikan sepotong ayat yang dapat kita amalkan ketika kita lupakan sesuatu. Pasti terjadi pada semua orang, pasti ada saatnya kita sangat-sangat terlupa apa perkara yang sebentar tadi kita fikirkan ingin kita lakukan, atau pun kita benar-benar tidak dapat ingat apa yang telah kita pelajari ketika kita menduduki peperiksaan. Allah S.W.T. itu sungguh penyayang, berikan kita sepotong doa untuk kita 'menghubunginya' kala kita dalam keterlupaan. Teringat kata-kata sahabatku yang indah perwatakannya, " Allah S.W.T. itu sangat sweet". She's right...!
Jadi, boleh la kita amalnya sepotong doa yang ada dalam ayat Al-Quran seperti yang di atas. 



Pentingnya kita untuk sentiasa ingat Allah.

Allahurabbi, aku hambaMu yang terlalu banyak leka di atas muka bumiMu, moga Engkau Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun, mengampuni dosaku yang menggunung. Moga aku dan yang  orang-orang yang aku sayangi sentiasa dalam redhaMu, Ya Allah. Aaammiiin. 


Sekian, Assalamualaikum :)
Itu saja, perkongsian sedikit kata-kata daripada aku yang cetek ilmunya. 























Aku sangat terleka dengan kelazatan dunia yang hanya mengenyangkan syaitan, aku terlupa pada keindahan syurga yang abadi di Akhirat sana. Semalam aku masih leka bergelumang dosa, Hari ini,  ketika tidurku kau telah titipkan mimpi yang membuatkan aku bangun penuh ketakutan, peringatan kematian dan peringatan dakwah.  Terima kasih atas peringatanMu, Ya Allah. Terima kasih kerana tidak terus biar hambaMu ini hanyut. Moga esok penuh dengan keredhaanMu dalam setiap perilaku ku. Moga terus ada sinar yang membimbing aku dan keluargaku, guru-guru ku, sahabat-sahabat dan saudaraku ke jalan Mu. Insya Allah. AAmmiiin. 


mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

No comments:

Post a Comment