Wednesday, January 29, 2014

Sambungan Budget Travel to Langkawi : Day 2 and Day 3

Day 2 in Langkawi 

Hari kedua kami ke Oriental Village semula. Hajatnya nak naik cable car, tetapi dek rintangan dan dugaan pagi itu, kami batalkan saja hasrat nak naik cable car tuh. 
Tapi...tapi..tapi... ! Korang kalau pergi Langkawi, wajib naik cable car. Mas penah dah naik cable car nih, if i'm not mistaken, 12 years back. Masa sekolah rendah lagi. Memang berdebau eden. 



Next destination, ke Makan Mahsuri pulak. Sekarang Makam Mahsuri dah cantik dan dah dinaiktaraf, menjadi Perkampungan Mahsuri. 

Masuk adalah RM7 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. 

Semasa tunggu kawan mas belikan tiket, kami yang lain nih curi-curi dengar explainantion daripada tourist guide satu group lain nih. Ini adalah salah satu taktik jimatkan kos travel nih, curik-curik.. eh, tumpang tour guide orang lain. Hahaha.. 
Menurut lagendanya, inilah keturunan Mahsuri yang ke-tujuh. cantik.....kan? :) 
Katanya lagi, rupa Mahsuri dengan rupa paras keturunan ke-tujuhnya ini memeng ada iras-iras. 





Dalam Perkampungan Mahsuri ini jugak ada tempat proses batik. Di sini hasil seni batik dihasilkan,  dilukis dan dijual.




Ini pulak Makan Mahsuri. Tercatat sejarah atau lagenda Mahsuri yang difitnah dan dibunuh. Cik adik manis Zaty sampai meneropong nak baca, punya la nak tawu kisah Mahsuri. :) Well, semua orang yang datang Langkawi semestinya nak tahu lagenda terhebat di bumi Langkawi nih, kan. :)


Ini pulak rumah Mahsuri. Oh ya, kalau nak belajar tentang elemen-elemen senibina atau senibina rumah tradisional Melayu Kedah, ini adalah antara peluang dan contoh terbaik. Sambil-sambil melawat nih, kitorang yang sememangnya baru je habis paper History of Architecture II memang sempat buat revision semula.

"Ini ande-ande, itu pagar musang, nih lubang angin, tuh tebar layar... Ni ande-ande jenis papan sekeping bla bla bla..... "

Eh, sebenarnya memang best bila dapat tengok elemen-elemen nih secara real dari bangunan yang memang kaw kaw tradisional. Ye lah kan, tengok atas kertas dengan  dalam google memang lah tak real dan tak feeeeeeellllll.... .




Kawasan perkarangan Perkampungan Mahsuri. Ada juga bangunan lain yang baru dibina yang menempatkan potret-potret Mahsuri dan juga peralatan-peralatan muzik dan sebagainya yang menggambarkan kehidupan masyarakat tardisional Melayu. 

Congkak gergasi. Konon-konon nak main lah. Sekali ambil batu dalam tuh, terlepas terus. Panas beb. Macam batu goreng...!



Semasa dalam perjalan balik dari Makan Mahsuri, lalu pulak depan Kampung Tok Senik Resort. Dah lepas dah, sempat si Zaty nih buat u-turn sejurus kitorang cakap nak try masuk tengok ada apa. Zaty memang pro bawak kereta.

Dalam kawasan Kampung Tok Senik nih, ada baaannyaak rumah-rumah kayu yang dibina dengan reka bentuk rumah Melayu Tradisional. Rumah Penghulu lah, Rumah Imam lah, Rumah Arif laaaah.. Banyak. Terkagum sekejap. Kitorang redah dengan kereta ja masuk dalam kawasan nih. Tak tawu lah kawasan nih tertutup ke cam mana. Tapi tak ada pulak la pok cik guard kejar.

Masuk adalah percuma, kalau main redah pusing-pusing naik kereta, memang percuma. :P




Next destination, Nusantara Maju Enterprise. Tempat membeli belah segala jenis ubat-ubatan berasaskan herba tradisional. Kalau datang Langkawi, memang tak sah la kalau tak beli minyak angin seikat RM10 ringgit. Memang murah...! Seikat tuh ada la dalam 10- 12 botol.

Tengok minyak panas kayu merah, teringat kat Tok ayah. Dulu-dulu masa duduk Langkawi 2 tahun, balik sebulan sekali mesti Tok ayah pesan suruh beli minyak nih kat dia. Huhuhu..








Next......! Kompleks Tabung Haji. Eh silap, Kompleks Haji Ismail Group. Hahaha. 
Mula-mula nampak nih, macam terkejut  beruk. Eh, bangunan apakah ini, memang lama lah  tak jejak Langkawi sampai dah naik bengunan gedabak macam nih. 

Sekali pandang macam Tabung Haji punya bangunan. Ini lah Kompleks Haji Ismail Group. Memang kaya Haji nih smpai dah buka kompleks. Kompleks nih menggabungkan pusat membeli belah dan juga hotel. Design islamik pada bangunan  ini betul-betul buat ia terserlah.
Kalau nak shopping coklat, sila lah ke sini. Pilahan lain selain kedai-kedai di pekan Kuah. Kompleks ini juga tak jauh dari pekan Kuah. Tempat yang lebih luas dan lebih selesa untuk shopping. 



Next destination ialah ke Idaman Suri. Ini lagi satu tempat wajib pergi. Geng makcik-makcik sanggup datang Langkawi balik hari semata-mata nak datang sini lah. Idman Suri menjual perlbagai jenis kelengkapan dapur seperti pinggan mangkuk, periuk belangga, dulang, set cawan dan sebagainya. Maaf, tak ada gambar sebab saya sangat teruja.

Sempat pulak lajak sekejap ke sekolah lama. Hehehe..
Kata Kak Ella, " Kak Ella tawu ada orang rindu sekolah dia, sebab tuh Kak Ella offer nak tangkapkan gambar" Hehehe.. Thanks Kak Ella.



Sebelah petangnya pulak, kitorang luangkan masa relax-relax tepi pantai. Matlamat utamanya adalah menikmati sunset....! Yeaaayy.. !






 Kak Ella dan Zaty dengan coconut nye... !





Adik beradik Patrick...!














Makan malam di area pekan Chenang. Sebab masing-masing macam dah pokai, malam kedua makan tak besar. Cuma char koey teow. Tapi..... char koey teow nih memang awesome sedap gila. Harga berpatutan sangat. Betul-betul bersebelahan dengan Mc Donald Chenang. 


Day 3 Hari Terakhir di Langkawi

Hari last adalah hari last shopping coklat. Terpaksa beli beg baru sebab beg tak muat nak isi coklat yang banyak. Lepas tuh masa nak naik flight gelabah takut beg tak lepas nak bawak naik. Mas ni jarang sgt naik fligt, nih kali kedua lepas trip pergi China tuh. So memang tak biasa dengan environment kat airport, tak tahu itu ini. Masa beg coklat yang gedabak nih lalu mesin pengimbas nih, debarannya macam lah ada dadah sekilo. Bukan nya apa, risau takut dia tak bagi bawak naik. Dah la tak beli untuk luggage. Sekali dah lalu. Fuuuuhh..lega. Tiba-tiba kastam tuh cakap "Kejap, beg nih kena scan lagi sekali."   'Oh maaaan, memang ada dadah ke cam ne' Lepas tuh baru teringan, eh 'Kuali aku...!' Hahahaha. lepas tersengih-sengih bagitahu, " Ada kuali nih dalam nih.. :) "  
Hahaha.. al kisahnya, lepas je....





Sekejap sangat flight dari Langkawi ke Penang nih. 25 minit je. :) Tiba-tiba eh eh, dah jejak tanah.. ?
Cakap kat Kak Ella di sebelah, " Eh kejapnya dah sampai", " a.ah kejap je. Tak sempat nak feeling feeling rasa  terbang " Hehehhe..  Alhamdulillah sampai. 


Ini lah hasil percutian ku. 
Whittakers and Pepero, menjadi kegilaan ramai masa kini. 

Overall, tip top..!

Oh ya, weolls pergi nih ambil pakej dari kawan sekolah iollss. Pakej untuk student hanya RM72 seorang, tetapi minimum 4 orang lah. Pakej termasuk lah kereta sepanjang 3 hari 2 malam dekat sana dan juga penginapan. Overall, servis yang bagus. And the persons i deal with,  friendly and friendly family. :) Thanks to Mr Aiman & family and Mr Amjad. 


So, thats all....! Bubye. 








mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete