Monday, January 2, 2012

tidak pasti arah tuju.


Assalamualaikum.
Salam kepada seluruh makhluk di muka bumi Allah.
Tahun baru. 2012.
Agak menakutkan sebenarnya.
Tahun yang diura-urakan akan terjadinya kiamat. Tetapi itu ramalan si kafir yang tidak mendapat hidayah Allah.
Walaupun begitu, telah banyak tanda-tanda kiamat yang berlaku, yang ditunjukkan, satu per satu. Ternyata itu kuasa Allah.. itu lebih menakutkan...

Petanda-petanda ini, ditunjukkan oleh Allah, kerana mahu kita, hambaNya sentiasa beringat. tidak lalai dengan keasyikan dunia.
Petanda-petanda ini, menakutkan, dan mengingatkan diri kita. Mengingatkan tentang yang sebenar-benarnya yang perlu kita amalkan.

Diri ini sentiasa berharap, selalu berada dalam keredhaan Sang Pencipta, Ya Allah.
Semoga terus dan terus di dorong ke jalan yang benar. Semoga hati tetap pada iman yang tipis ini dan mengharap, menebal hari demi hari.

Itulah, yang diharapkan untuk hari ini dan hari-hari yang seterusnya..
Semoga hidup dan matiku sentiasa bersama keredhaan dan rahmat dariNya...

Ya Allah, redhailah perjalanan hidupku dan keluargaku serta saudara-saudara Islamku di dunia dan di akhirat...

amin....





mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

No comments:

Post a Comment