Rata-rata semua universiti sekarang nih musim final exam. Sama lah juga dengan saya di USM nih. My paper start tomorrow. Alhamdulillah sem nih hanya ada 3 paper yang ada exam. Dan jarak antara setiap paper lebih kurang 4-6 hari. So boleh bayangkan tak macam mana saya enjoy duduk rumah macam suri rumah sejati masa study week? :D Yes, tak study pun. Dah balik sini, lagi 3 hari nak exam, tiba-tiba boleh demam dan rasa nak balik rumah pulak melonjak-lonjak. Tapi tak boleh sebab dah dekat sangat and mama pun macam tak bagi balik je... Pasghah je lah.. Duk sorang-sorang kat bilik, (jeles roomate balik rumah paper dia lambat lagi).
By the way, pagi tadi abah kerja dekat Penang, so abah datang singgah, nak hantar cermin mata yang tertinggal kat rumah hari tuh. Hehe... Mintak mama kirim sikit breakfast dari rumah. Guess what, mama masak lauk terus. Hehehe... Terus baik, tak payah makan panadol dah.
Moin, si Teddy bear pun tertinggal hari tuh.. :)
Mama kata macam nak pi picnic dah. Abah kata nampak sedap, teringin, minta mama bekalkan jugak bawak p kerja. Haha..
:) Happy sangat, walaupun tak dapat balik rumah, tapi still dapat makan makanan dari rumah, air tangan mama. :) Dah jemu sangat dah makan makanan kat cafe, alih-alih burger, ayam penyet, ayam penyet, burger. -_-"
Terima kaseh mama, terima kaseh abah. :D
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya.
Oh ya, good luck kepada anda semua yang sedang bertarung di medan final exam. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan kecemerlangan daripadaNya. :) Aaammiiin.
Asyik mimpikan maktok, harap cepat-cepat habes paper dan dapat balik. Semoga maktok baik-baik saja.
No comments:
Post a Comment