Monday, May 28, 2012



Assalamualaikum.... 
Lamanya tak update blog nih.. huhu...
Banyak nanti nak update.. banyak sangat.. tapi nanti eh... Sekarang sibuk sangat-sangat...
 Sangat. 

ok, dah... 
Hari ini... saya nak share satu perkara...
Perkara yang kita sebagai umat Islam perlu tahu... 

Asma Ul-Husna... 

Iya, dah ramai yang tawu...
Dah ramai juga yang pernah tawu tetapi lupa. macam saya. 
 Asma Ul Husna.. 99 nama Allah... 
Saban hari dengar dan dilagukan ketika di sekolah dulu... kini..semuanya hampir pudar..
kerana kesibukan dunia aku sendiri.. 

Semasa melawat Masjid Besi, di Putrajaya pada minggu lepas, kala kaki melangkah masuk, aku ternampak tulisan-tulisan di pintu gerbang masjid tersebut..
Dalam bahasa Arab yang pasti.. tapi tulisan Khat yang hebat keseniannya itu tak dapat aku baca. Sedih. 
Aku terfikir, apakah ini yang ditulis...? Sejenak berfikir, baru ku sedar bahawa itu adalah 99 Nama Allah. Untuk mendapatkan kepastian, aku bertanya kepada sahabat ku dan dia mengiakan .
Persoalan yang sebentar tadi bermain di benakku, kini mengetuk pintu hatiku pula...
Islam apakah aku ini, nama-nama Allah, Tuhanku sendiri tak dapat aku cam dan kenali... 

Pengajaran yang aku dapat kali ni, jangan salahkan pihak lain bila yang buruk berlaku pada kita..
Bekal telah diberi... Diri sendiri perlu bijak mengguna dan menggamalkan... 


So.. siapa nak dengar Asma Ul Husna dan kenal satu per satu nama 99 Nama Allah..
 Boleh play yang kat bawah ni eh.. :)

ok lah.. itu ja..Assalamualaikum.. :)



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

No comments:

Post a Comment