Monday, January 20, 2014

Budget Travel to Langkawi


Assalamualaikum. :) Sebagai seorang architecture student, final project tentunya memenatkan. Nasib baik la semester ni Mas cuma ada 2 paper untuk exam. Tapi sakit jugak lah dengan 4 subjek 100% coursework. Jadi untuk balas dendam, habis je exam, Mas dengan 3 orang lagi kawan bercuti di Langkawi.....!!! 

Sebenarnya dah lebih sebulan sebelum habis exam kitorang dah plan nak pergi jalan-jalan nih. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, terjumpa pulak promotion untuk student. Package bercuti di Langkawi dengan harga student yang hanya RM72 seorang...!!! Terus melompat panggil geng, setuju, terus book..! Nampak tak excitednya tuh...? Hehehe. 

Disebabkan nih budget travel, kitorang menggunakan medium pengangkutan yang juga budget rendah, public transport...! 

Dari USM ke Jeti Pulau Penang : Bas Rapid 
Jeti Pulau Pinang ke Jeti Butterworthh : Feri 
Butterworth ke Alor Star : Bas Ekspress 
Alor Setar ke Terminal Feri Kuala Kedah : Teksi
Kuala Kedah ke Langkawi : Feri

Overall Baru RM42 seorang. 

Kenapa tak naik kereta ? Sebab parking kat Terminal Feri mahal gila....! Baik beli coklat dari bayar parking..


Day 1










  
    

There we go, Charlie Motel..! :)



First day dah jalan-jalan. 

Ini Oriental Village, kawasan perkarangan sebelum naik cable car. 
Cantik tempat nih, ala-ala korea gitu. Masuk adalah percuma. Berga,bar kat sini memang best sebab tempat nih memang cantik.


 Nak masuk kena naik jambatan gantung nih dulu. Gantung lah sangat kan. Jambatan goyang-goyang. 



Me, kak Nab, Zaty and Kak Ella




Tengok...datang langkawi boleh sampai Ke Nami Island, Korea......! 





Jambatan gantung nih lagi adventure sebab merentangi tasik, lagi panjang, lagi tinggi dan lagi goyang, hah..! 
Memang seronok kalau jalan kat depan lepas tuh lompat-lompat atas jambatan nih, biar orang belakang jerit. Hahahaha... Uncle Salleh belakang bukan main mengusik dorang nih... Amik alih tugas saya.  Hehehe... 


Dah malam, dinner pulak. Set untuk 4 orang. Balun ja alih alih mahal weehh makan kat Langkawi nih. Dusssh....!  budget lari. -_-"







mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, December 5, 2013

Nukilan jari bicara hati.



Bila Merah yang Putih Hitam

Merah yang putih tertitik hitam
Menarik dalam gelita yang terang
Terus dan terus
Terpusing akal mencari jawapan
Ini merah atau hitam.

Andai merah ini tidak lagi putih dek titik hitam
Berlah aku titik putih pada merah ini
Sekalipun titiknya beribu untuk tembali merah seputih

Langkah kita perlu ke depan
Membawa mimpi pada realiti
Bukan terundur kebelakang menggalas bakul dosa.

Cekallah iman
Tabahlah hati
Rasalah dengan manis kebenaran
Bukan pahit kesalahan

Aku yang hina berpalit najis dosa
Engkau yang Maha Suci dan berkuasa
Tunjukkanlah aku cahaya
Teguhkan imanku hanya padaMu 
Kerana aku ingin kembali padaMu seputih bersih. 

-MZ-

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Saturday, June 8, 2013

Kekurangan besar kala Ramdhan yang bakal menjelma

Solat Asar ku tunaikan lewat hari ini. Seorang diri menyusun langkah ke surau bertemankan sinaran matahari yang perlahan mula jatuh ke barat, suasananya hening sekali. Sayu tiba-tiba. Usai solat, seperti  biasa tangan ku tadahkan mengahadap Ilahi, memohon satu per satu daripadaNya. Keampunan ku pinta bukan sahaja buat diriku malah untuk setiap insan yang ku kenal dan saudara seIslamku. Sampai masa nama tok ayah dan maktok meniti bibir, air jernih mula menitis syahdu menuruni pipi… Sebak… Sedar kedatangan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi akan terasa kekurangannya.


Ramadhan yang lepas aku masih punya tok ayah dan maktok. Walaupun ketika itu kedua-duanya sudah sakit dan uzur. Hanya mampu terbaring dan bertatih perlahan, itu sudah cukup. Cukup melegakan hati melihat keduanya di depan mata. Rasa cukup masih punya mereka memanggil-manggil. Rasa cukup masih punya mereka bertanya khabar, masih punya mereka menunggu kepulangan kami tiap hujung minggu berbuka puasa bersama dan masih punya mereka untuk disuapkan makanan yang kami bawa.
Acap kali ke terdengar, “Ramadhan kali ini, hayatilah sepenuhnya, kerna mungkin Ramadhan akan datang tidak sama lagi. Entah sempat entahkan tidak”.  Iya, memang benar, belum pun tiba Ramadhan aku sudah terasa kekurangnya berbanding tahun lepas. Besar sekali kekurangan itu. Kekurang yang tak mungkin dipenuhi kembali. Tahun  sebelumnya, Tok ayah dan maktok masih punya kudrat bersama kami sekelurga ke masjid bersolat teraweh bersama. Bersama maktok  solat hanya di tingkat bawah. Sakit lutut katanya. Berjalan juga perlahan. Tok ayah masih mampu bergurau senda melakar jenaka dengan anak cucu. Tapi, setahun kemudian, kala Ramdhan maktok hanya mampu bertatih perlahan, tok ayah pula hanya mampu terbaring di atas katil, tiada lagi kudrat untuk bangun sekalipun hanya duduk.  Ketara sekali . Sedang berbuka, sesekali menjenguk ke dalam bilik. Tidurkah dia? Hendak minum air kah dia ? Sakitkah dia ?


Seiring itu, maktok masih selera makan kala ramai bersama anak cucu. Memerhati kami makan, selera katanya. Selepas berbuka aku akan baring sebelah tok ayah, bercakap dengannya. Bergilir-gilir kami menemani tok ayah. Sayu hati jika lihat tok ayah keseorangan terbaring di atas katil di dalam bilik. Lantas suasana itu aku elakkan. Ada kala kami semua hanya duduk dan bersembang di dalam bilik itu. Cerita itu dan ini, maktok masih boleh berceloteh, tak kurang juga tok ayah yang menyelit kata-kata dalam bicara kami.





Tapi berbeza suansananya kini. Kala sampai di rumah itu, tiada lagi yang menyambut. Kala sampai di hadapan pintu rumah itu, tiada lagi yang menerpa membuka pintu buat kami. Kala kaki melangkah masuk, terasa sayu. Kini, bilik itu sepi, kosong dan tidak berpenghuni. Mereka sudah berpindah. Berpindah alam. Tak terubat rindu di hati. Aku yakin bukan aku saja yang meggalas bebanan rasa ini, tapi seluruh keluarga kami, anak menantu dan cucu maktok dan tok ayah. Aku yakin itu.


Rindunya pada mereka mengarah kaki ke setiap pelusuk rumah itu. Pertama sekali ke ruangan tamu utama. Di situ tempat berkumpul kami sekeluarga setiap kali raya. Lengkap semuanya. Bersalam dan memohon ampun sesama kami. Bayangan itu hilang, titisan air mata pula menerpa. Ku toleh pula ke dada dinding konkrit yang masih kukuh. Terlekap indah gambar-gambar maktok dan tok ayah. Budiman sekali senyuman tok ayah. Ramah dan mesranya maktok tergambar di senyuman beliau. Bukan satu, tapi banyak. Ku teliti pula gambar-gambar kecil yang dikumpul tok ayah dalam almari kaca. Gambar anak-anak cucunya. Iya,kami. Terlintas difikiran, mungkin ini  yang tok ayah lakukan kala rindukan kami yang tidak pulang, kala hanya mereka berdua di rumah itu.  Berjalan dan melihat gambar – gambar yang disusunnya rapi dalam almari kaca itu. Mungkin terubat rindu di hatinya. Sayu lagi hati ini menggambarkan keadaan itu. Rapinya rumah itu kerana tok ayah yang rajin mengemas, meringankan bebanan maktok yang sering sakit. Iya, mereka manis. Manis bersama dalam suka dan duka. Mereka akrab. Ke mana sahaja pasti bersama. Takdir mereka juga dekat. Perginya tok ayah disusuli maktok tidak lama kemudian. Meninggalkan kami dalam derita. Derita rindu yang tak mungkin terubat. Pintaku semoga maktok dan tok ayah aman dan tenang di sana.




“ Ya Allah, ampunilah dosa mereka, jauhilah merea dari azab seksaan kubur dan api neraka Mu, redhailah mereka, berkatilah mereka di alam barzakh sana, dan pertemukanlah meraka berdua dan kami semua di dalam Jannah Mu di akhirat kelak. Aamiin, ya Rabbil a la min."






mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, May 24, 2013

Palitan kata : Alam dan perjalan sang kerdil.





Langit...bagai satu dunia lain...
Luas terbentang di atas sana...
Punya awan yang tergantung dan berarak perlahan dan aman..
memberi ruang si mentari mencelah dan menyinsing
pada masanya tiba untuk menyinari alam
dan menerangi perjalanan manusia...
hari demi hari dengan matlamat dan arah yang satu. 


Bila angin mula berbisik aneh....
Bahangnya terasa menganggu keselesaan... 
Langit mula menunjukkan kegelapannya 
melindungi sinaran mentari yang tadi megah menjadi raja langit,
Terdetik di hati hujan akan berbicara lebat..
Dalam bahasa dan nada alam...

Pandangan ku terus ke arah langit....
Bicaranya kadangkala kasar...
Panahan kilat dan tempikan guruh turut serta menambah sayu dihati
Menguris hati yang lembut dan halus...
Membataskan gerakan kaki dan melemahkan semangat yang sedia kurang....

Bila ia mula renyai.... Hati mula menyusun harapan 
yang tadi bagai berselerakan jatuh di atas tanah..
Bila hanya gerimis yang jatuh ke bumi, awan yang tadi gelap mula
membebaskan sinaran mentari yang tadi ditawan...

Senyuman mula terukir di dada langit...
Palitan warna-warna pelangi mula terlakar 
entah dari mana hingga ke mana..
Bagai memberi harapan baru buat insan bernama manusia...

Yakinlah wahai hati, ianya sesuatu kepastian yang telah tertulis...
Walaupun jalan sentiasa berliku dan mendung, 
Allah itu ada... 
Allah sentiasa bersama...
Itu janji Tuhan yang Maha Esa
buat hambanya yang berselarakan di atas hamparan bumi
bermula dengan Adam dan Hawa sehingga ke akhirnya.... . 

Yakin lah dan terus berjalan ke hadapan. 



-Palitan kata jari jemari Mastura Atiqah-





mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, May 23, 2013

Spread the positivity in you to the community...!

Assalamualaikum. Kesibukan dengan dunia realiti membataskan jari dari berceloteh di alam maya. 
Sebagai balasan dendam terpendam ini, kali ni Mas akan cerita pasal Program Lestari Jejawi, sebuah program khidmat komuniti anjuran pihak pusat pengajian yang dikendalikan oleh pelajar HBP sendiri. 

Masa dengar-dengar pasal program ni, memang dah duduk tak diam dah. Program yang dah lama Mas teringin nak ikut serta. Alhamdulillah, ada peluang kali nih. :) Lepas je pengumum pasal penyertaan program ni, terus Mas mesej Ketua Projek, cakap nak join. Program selama 3 hari nih terisi dengan aktiviti mengubah suai landskap taman sekolah ini dan jugak program motivasi untuk murid Tahun 6 yang bakal hadapi UPSR.
Kata cikgu, kamilah  Mahasiswa yang berbakti kepada masyarakat. :) 

Well... people said a picture tell thousands word. So, let the pictures do the talking visually.....with the help of some captions maybe... :)


 Adik-adik sambut kakak-kakak dan abang-abang USM dengan paluan kompang. Terharu. Rasa macam pengantin. Eh, tiba-tiba. 


Landskap asal.

 Strategi peperangan .... 





Along yang sentiasa excited dan ceria. :)



 Cik Aqila sedang menggembur tanah dengan gaya tersendiri. 

He's an artist. 

Cantik, kan? So, let's say Subhanallah.... :)


Hari kedua, pagi disambut dengan sinaran sang mentari. Mas rasa langit kat Perlis nih macam lain sikit. Cantik. :)



Hokey, hokey. Mural day...! Ini pertandingan okey. :)

Nad memang sentiasa suka bergambar. Dari dulu lagi. :) 


Dah nampak dah seri dan aura baru. 



Dah penat-penat buat kerja, sebelah malamnya kami pergi  ke Kuala Perlis, makan seafood and ais kacang. Special or standard? Ais kacang saya, tertukar dengan ais kacang pasang merpati dua sejoli. 


 Langit pagi di Perlis, pada hari terakhir. Serious, langit di Perlis nih lain macam sikit cantiknya. 


 I like cloud. Always like them much. 

 Finally....!
Hasil penat lelah terbayar melihat hasil landskap yang cantik. :) 
Hasil usaha semua. Semua yang berusaha. :)
Projek Taman Lestari SMK Jejawi.  


Gambar di atas dari lensa kamera saya. Di bawah gambar saya dari lensa kamera mereka yang berseni.
Bukti saya bergembira dan sangat enjoy program nih. Hehe.. Asyik tunjuk gigi je. 




Sekian, Papai. Assalamualaikum. :)







mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)