Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Budget Travel to Langkawi


Assalamualaikum. :) Sebagai seorang architecture student, final project tentunya memenatkan. Nasib baik la semester ni Mas cuma ada 2 paper untuk exam. Tapi sakit jugak lah dengan 4 subjek 100% coursework. Jadi untuk balas dendam, habis je exam, Mas dengan 3 orang lagi kawan bercuti di Langkawi.....!!! 

Sebenarnya dah lebih sebulan sebelum habis exam kitorang dah plan nak pergi jalan-jalan nih. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, terjumpa pulak promotion untuk student. Package bercuti di Langkawi dengan harga student yang hanya RM72 seorang...!!! Terus melompat panggil geng, setuju, terus book..! Nampak tak excitednya tuh...? Hehehe. 

Disebabkan nih budget travel, kitorang menggunakan medium pengangkutan yang juga budget rendah, public transport...! 

Dari USM ke Jeti Pulau Penang : Bas Rapid 
Jeti Pulau Pinang ke Jeti Butterworthh : Feri 
Butterworth ke Alor Star : Bas Ekspress 
Alor Setar ke Terminal Feri Kuala Kedah : Teksi
Kuala Kedah ke Langkawi : Feri

Overall Baru RM42 seorang. 

Kenapa tak naik kereta ? Sebab parking kat Terminal Feri mahal gila....! Baik beli coklat dari bayar parking..


Day 1










  
    

There we go, Charlie Motel..! :)



First day dah jalan-jalan. 

Ini Oriental Village, kawasan perkarangan sebelum naik cable car. 
Cantik tempat nih, ala-ala korea gitu. Masuk adalah percuma. Berga,bar kat sini memang best sebab tempat nih memang cantik.


 Nak masuk kena naik jambatan gantung nih dulu. Gantung lah sangat kan. Jambatan goyang-goyang. 



Me, kak Nab, Zaty and Kak Ella




Tengok...datang langkawi boleh sampai Ke Nami Island, Korea......! 





Jambatan gantung nih lagi adventure sebab merentangi tasik, lagi panjang, lagi tinggi dan lagi goyang, hah..! 
Memang seronok kalau jalan kat depan lepas tuh lompat-lompat atas jambatan nih, biar orang belakang jerit. Hahahaha... Uncle Salleh belakang bukan main mengusik dorang nih... Amik alih tugas saya.  Hehehe... 


Dah malam, dinner pulak. Set untuk 4 orang. Balun ja alih alih mahal weehh makan kat Langkawi nih. Dusssh....!  budget lari. -_-"







mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Monday, July 9, 2012

Day 1 in Hong Kong and China...!

Assalamualaikum... Pada 1 Julai yang lepas, i went to Hong Kong, joining academic trip by my university. Trip ini ke Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou selama 5 hari. 
Best memang best memandangkan ini adalah kali pertama saya terbang ke negara orang. I was so so excited. :)

Let the pictures talk. :P

tag provided by Chandek Kura travel agencies.
Beg satu je masa pegi and handbag


mintak tolong Hadi yang duduk tepi tingkap amikkan gambar ni. :)
Sebelum pegi, saya berdoa untuk dapat tempat duduk tepi tingkap, teringin nak tengok awan biru dan terasa berterbangan di kawanan awan yang gebu. Alhamdulillah tak dapat tepi tingkap, dekat dengan tingkap pun jadi lah....

Dapat makanan ni dengan perasaan teruja. Bestnya makanan dia....! Sedap pulak tuh, sampai terlupa nak amik tawu halal ke tak. 


Ada mini tv..sorang satu pulak tuh...best. (orang peghak tak penah naik kapal terbang memang macam nih.. )


       
bergambar dengan harta-harta yang dibawa bersama. harta saya dan roomate. 
Akhirnya setelah lebih kurang 3 jam, kami menjejakkan kaki ke tanah Hong Kong. Rasa teruja, firts time jejakkan kaki ke tanah asing.


Mr. Ken, the best tour guider. 
Macam jambatan Pulau Pinang.

Kami kemudian dibawa ke bandar Hong Kong melewati pemandangan yang sangat indah. Di sini lah terletaknya the longest bridge. Ada dua jambatan di sini. Satu nih macam jambatan Pulau Pinang.
Kemudian kami dibawa ke satu tempat dimana kami dapat menikmati pemandangan sebahagian Hong Kong yang sangat indah. Tapi untuk naik ke kawasan ini, perlu exercise ye. Basahkan ketiak, keluarkan bau. Baru sampai. -_-"



Masa amik gambar ni, teringat kat Aqilah, masa sama-sama amik gambar dragonfly kat Melaka. :)

Jangan tiru aksi ini.. Ini bukan cara terbaik menikmati keindahan alam. :P



 



Seterusnya kami dibawa ke Shaffi's Indian Restaurant yang menghidangkan makanan halal.


Ini memang sedap, gred A plus plus i kasi you. Memang terbaik..!

Bergambar dengan bas mini nih, tak da kat Malaysia.


Menuju ke sempadan Hong Kong - China

ini bukan rakit ye, ini penternakan tiram. Yes, sos tiram, that's tiram. :P


Me and Adah excited jumpa bas nih, dalam bas nih la Louiss Khoo tertinggal baby, dalam cita Robbi Hood. ;)

Bukan senang ye nak melepasi sempadan nih. Untuk keluar Hong Kong dan masuk ke China memerlukan pemeriksaan imegresen yang memerlukan anda mengeluarkan pasport. Petua dari Mr Ken, kalau dia tenung muka anda lama sangat untuk buat pengesahan identiti pasport, wink your eye to him. hehehe... But i don't do that. 


Kedatangan kami disambut oleh pemandangan awan dan matahari yang tersusun indah menampakkan keindahan langit di Shenzhen, China. 

Solat di Masjid Shenzhen. Kat sini baru jumpa toilet yang ada paip air. I was like, "finally... -_-"  ... "


Kemudian makan and makan lagi. Masing-masing cakap, "ha? makan? baru ja lepas makan,kenyang lagi." Tapi bila sampai, licin jugak makanan..... 


 

Check in, dapat tidur atas katil yang empuk dan selesa ini, sangat bagus selepas seharian travel. 
Ini sahaja untuk hari pertama di Hong Kong dan China. 
Kalau rajin insyallah ada update untuk 4 hari lagi. :P

Tujuan berkongsi cerita ini bukanlah nak menunjuk tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman. Nak menunjuk pun tak da guna, saya pegi pun atas belas ehsan abah saya yang sudi menaja sebahagian bayaran untuk saya :P


mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)