Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

Kekurangan besar kala Ramdhan yang bakal menjelma

Solat Asar ku tunaikan lewat hari ini. Seorang diri menyusun langkah ke surau bertemankan sinaran matahari yang perlahan mula jatuh ke barat, suasananya hening sekali. Sayu tiba-tiba. Usai solat, seperti  biasa tangan ku tadahkan mengahadap Ilahi, memohon satu per satu daripadaNya. Keampunan ku pinta bukan sahaja buat diriku malah untuk setiap insan yang ku kenal dan saudara seIslamku. Sampai masa nama tok ayah dan maktok meniti bibir, air jernih mula menitis syahdu menuruni pipi… Sebak… Sedar kedatangan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi akan terasa kekurangannya.


Ramadhan yang lepas aku masih punya tok ayah dan maktok. Walaupun ketika itu kedua-duanya sudah sakit dan uzur. Hanya mampu terbaring dan bertatih perlahan, itu sudah cukup. Cukup melegakan hati melihat keduanya di depan mata. Rasa cukup masih punya mereka memanggil-manggil. Rasa cukup masih punya mereka bertanya khabar, masih punya mereka menunggu kepulangan kami tiap hujung minggu berbuka puasa bersama dan masih punya mereka untuk disuapkan makanan yang kami bawa.
Acap kali ke terdengar, “Ramadhan kali ini, hayatilah sepenuhnya, kerna mungkin Ramadhan akan datang tidak sama lagi. Entah sempat entahkan tidak”.  Iya, memang benar, belum pun tiba Ramadhan aku sudah terasa kekurangnya berbanding tahun lepas. Besar sekali kekurangan itu. Kekurang yang tak mungkin dipenuhi kembali. Tahun  sebelumnya, Tok ayah dan maktok masih punya kudrat bersama kami sekelurga ke masjid bersolat teraweh bersama. Bersama maktok  solat hanya di tingkat bawah. Sakit lutut katanya. Berjalan juga perlahan. Tok ayah masih mampu bergurau senda melakar jenaka dengan anak cucu. Tapi, setahun kemudian, kala Ramdhan maktok hanya mampu bertatih perlahan, tok ayah pula hanya mampu terbaring di atas katil, tiada lagi kudrat untuk bangun sekalipun hanya duduk.  Ketara sekali . Sedang berbuka, sesekali menjenguk ke dalam bilik. Tidurkah dia? Hendak minum air kah dia ? Sakitkah dia ?


Seiring itu, maktok masih selera makan kala ramai bersama anak cucu. Memerhati kami makan, selera katanya. Selepas berbuka aku akan baring sebelah tok ayah, bercakap dengannya. Bergilir-gilir kami menemani tok ayah. Sayu hati jika lihat tok ayah keseorangan terbaring di atas katil di dalam bilik. Lantas suasana itu aku elakkan. Ada kala kami semua hanya duduk dan bersembang di dalam bilik itu. Cerita itu dan ini, maktok masih boleh berceloteh, tak kurang juga tok ayah yang menyelit kata-kata dalam bicara kami.





Tapi berbeza suansananya kini. Kala sampai di rumah itu, tiada lagi yang menyambut. Kala sampai di hadapan pintu rumah itu, tiada lagi yang menerpa membuka pintu buat kami. Kala kaki melangkah masuk, terasa sayu. Kini, bilik itu sepi, kosong dan tidak berpenghuni. Mereka sudah berpindah. Berpindah alam. Tak terubat rindu di hati. Aku yakin bukan aku saja yang meggalas bebanan rasa ini, tapi seluruh keluarga kami, anak menantu dan cucu maktok dan tok ayah. Aku yakin itu.


Rindunya pada mereka mengarah kaki ke setiap pelusuk rumah itu. Pertama sekali ke ruangan tamu utama. Di situ tempat berkumpul kami sekeluarga setiap kali raya. Lengkap semuanya. Bersalam dan memohon ampun sesama kami. Bayangan itu hilang, titisan air mata pula menerpa. Ku toleh pula ke dada dinding konkrit yang masih kukuh. Terlekap indah gambar-gambar maktok dan tok ayah. Budiman sekali senyuman tok ayah. Ramah dan mesranya maktok tergambar di senyuman beliau. Bukan satu, tapi banyak. Ku teliti pula gambar-gambar kecil yang dikumpul tok ayah dalam almari kaca. Gambar anak-anak cucunya. Iya,kami. Terlintas difikiran, mungkin ini  yang tok ayah lakukan kala rindukan kami yang tidak pulang, kala hanya mereka berdua di rumah itu.  Berjalan dan melihat gambar – gambar yang disusunnya rapi dalam almari kaca itu. Mungkin terubat rindu di hatinya. Sayu lagi hati ini menggambarkan keadaan itu. Rapinya rumah itu kerana tok ayah yang rajin mengemas, meringankan bebanan maktok yang sering sakit. Iya, mereka manis. Manis bersama dalam suka dan duka. Mereka akrab. Ke mana sahaja pasti bersama. Takdir mereka juga dekat. Perginya tok ayah disusuli maktok tidak lama kemudian. Meninggalkan kami dalam derita. Derita rindu yang tak mungkin terubat. Pintaku semoga maktok dan tok ayah aman dan tenang di sana.




“ Ya Allah, ampunilah dosa mereka, jauhilah merea dari azab seksaan kubur dan api neraka Mu, redhailah mereka, berkatilah mereka di alam barzakh sana, dan pertemukanlah meraka berdua dan kami semua di dalam Jannah Mu di akhirat kelak. Aamiin, ya Rabbil a la min."






mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Friday, July 8, 2011

Cermin Ajaib

Etong's Me and Mirror Contest.

Photobucket

assalamualaikum... hai, readers. :) . anda pernah bergambar depan cermin tak? Saya pernah, dan saya sangat suka bergambar depan cermin. Lagi besar cermin tuh, lagi best..!

Saya suka bergambar di hadapan cermin kerana saya rasa saya sangat cantik...!
ok, tak... saya tak cantik.
pernah tak anda rasa macam nih, "eh, kenapa la muka aku tak macam Juliana Evans ke, Julia Zigler ke, comel macam Hana Tajima ke...or siapa-siapa lah...
pernah tak?

saya mengaku saya pernah. siapa pernah tolong angguk-anggukkan kepala.

Sebenarnya kita nih, adalah golongan yang tak bersyukur. Dah bagi muka elok-elok ada hidung, ada mata ada mulut, nak pulak muka macam orang tuh macam orang nih. Orang tuh pun ada hidung ada mata ada telinga jugak. Cukup.

Cuba tengok cermin, sebenarnya wajah kita yang Allah bagi nih, sangat lah tak ternilai harganya.
Bila kita tengok muka kita nih, eh macam mana nak tengok muka kita..? melalui cerminlah,kan..:) ok, bila kita di hadapan cermin, dapatlah kita lihat wajah kita sendiri.
apa yang saya terfikir ialah, eh.. aku ada mata, ada hidung, ada telinga. semua cukup.
lagi satu, eh muka aku ada iras-iras mama la.. eh, hidung ada sikit macam abah la...
and other people also said the same things about my face.. a little bit from my mom and a little bit from my father.
here, i start to be so thankful to the Mighty Allah, yang dah kurniakan saya wajah yang macam nih. Wajah yang ada wajah abah dan mama dan jugak iras-iras adik-adik.. lagi la bernilai,kan. daripada nak muka macam Paris Hilton, macam Michael Jackson, eh diorang tuh siapa nak muka macam diorang..

what i wanna tell here is that, melalui cermin, persepsi terhadap wajah saya sendiri telah berubah. dan saya lebih menghargai wajah saya.
walaupun hidung nih selalu berkilat lepas jawab soalan susah..
walaupun muka nih selalu berminyak sampai boleh goreng pisang.. (macam iklan.. :)
walaupun muka nih kadang-kadang naik pimples degil dan gedik.
saya tak kisah, dan rasa bertuah ada wajah macam nih. walaupun tak cantik, ini adalah yang terbaik yang Allah bagi untuk saya.
thanks cermin kerana sedarkan saya, and i love you.
:)

so kawan-kawan, jom kita hargai wajah kita. biarlah orang nak cakap kita tak cantik, tak menarik, tak tertarik, tak da boom... biar...
asalkan kita ada wajah yang sempurna dan kita bersyukur.

and this is the way i love my face in the mirror. :)
bergambar di hadapan cermin.



Photobucket
saya dan kamera di hadapan cermin begitu sinonim. :D

Photobucket
kerut hidung bergambar bersama dua model baju raya...:D

Photobucket
nak senget-senget pulak..!

Photobucket
mama pun join bergambar depan cermin.. :D

Photobucket
saya dan mama saya. :D


dah lebih-lebih pulak..nak masuk contest, terlebih bersyarah pulak..he3...
saya nak menang, kalau itu rezeki saya, kalau dah bukan jodoh, nak buat macam mana,kan..:)

saya tagged Aisyah and Mimie Nadhira untuk join contest ini..
korang yanga lain kalau nak join jugak, sila klik banner contest di atas, anda akan di bawa terbang ke blog contest tersebut.
papai.

oh ya, i love my family, i love myself. i love taking pictures of me in the mirror. :D
p/s: dari hati <3

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)