Thursday, June 9, 2011

ke Langkawi jugak akhirnya



assalamualaikum, readers.. :)
lama dah tak update blog..
masa da, banyak...tapi tu lah.. mood pulak entah ke mana...

cerita pasal langkawi..
actually 3,4,5 Mei lepas (kalau tak silap tarikh la..) batch Tenacious, batch masa kat MRSM Langkawi dulu ada buat trip ke Langkawi balik ke maktab.
seronok diorang pergi jenjalan Langkawi ramai-ramai,
but unfortunately, I can't join because of money issue.. (tak cukup duit la nak duk sana sampai 3 hari..)
so, boleh tengok je la gambar-gambar budak batch pi Langkawi tuh..
melepas la nak dapat biri-biri New Zealand yang Ayu nak bagi tuh..
melepas jugak chance nak kumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan sekolah dulu..

tapi, Syiqah, my bestfriend from the same school also tak join trip tuh..
then, we came out with our plan to go on our own trip at the end of the month.
last minute, Isma and Ezaty also joined us.
:) the more the merrier.

26 Mei, on Thursday was the day.
hari tuh, hari last sekolah sebelum budak-budak nih cuti.so kiranya hari tuh hari budak-budak sekolah nih sibuk nak balik lah bercuti lah... :)

feri 9.30 pagi, sampai around 11 a.m.
terus naik teksi ke Maktab Rendah Sains MARA..
ingat lagi dulu-dulu kalau naik teksi nak balik maktab masa dah habis cuti,
dalam hati, 'kembali ke kurungan...'
he3..but actually 'kurungan' tu lah banyak memories..:)

berdebar ja rasa masa nak sampai maktab tuh..
tujuan utama ialah nak ambik sijil, tujuan samping nak jumpa cikgu-cikgu...:)
nak jumpa Cikgu Firdawos, tuh memang bukan tujuan samping. tuh tujuan utama no.2.

masa sampai tuh, terus pergi pejabat, nak ambil sijil SPM,
then jumpa la cikgu-cikgu..
then masuk bilik guru, jumpa Madam Zeezah nak ambil majalah maktab.. masa masuk tuh, nampak Cikgu Firdawos tengah sibuk kat mejanya..
tak pe lah..biar dulu.. :)
then bila kitorang kecoh sikit, cikgu pun toleh, dengan semangatnya melambai-lambai cikgu.
Then terus la pergi sembang-sembang kat cikgu.
macam-macam, pasal interview USM, pasal Galeri seni kat uitm, pasal Shu, Yan, Wani, Amirul, Una...tak lupa Nad...
Cikgu cakap kalau nak ikutkan, yang betul-betul ikut laluan Seni ni, Yan sorang ja...
yang lain amik Sains la, TESL la, engeneering la...
"cikgu, saya nak ke jalan tuh, tapi jalan tuh yang tak nakkan saya..apa saya boleh buat"
he3..
lega rasanya boleh cerita semua tuh kat Cikgu..
Cikgu Firdawos memang my teacher for ever and ever lah...
:)
nak sangat tengok Studio Seni hari tuh, tapi tengok cikgu pun busy, and kitorang nih pun macam tak cukup masa, so batalkan je la niat tuh..

Lepas dah dapat majalah and jumpa cikgu-cikgu.. then, naik kereta cikgu Mimie ke Langkawi Fair, g McDonald..cikgu belanja..:) lepas tuh g sembahyang, then amik teksi ke Pekan Kuah, shopping coklat..:)
Kisses adalah coklat wajib.

then balik ke jeti, jenjalan kat dataran Helang, ambik-ambik gambar,
then pkul 5.30 naik feri, balik ke Kuala Kedah....


nih gambar-gambar masa kat Langkawi ari tuh.. :)
bak kata Hami Asraff, biarlah gambar bercerita..
he3..(lepas panjang lebar menaip..)

masa baru sampai..

di Langkawi Fair..

macam kembar..

ke Dataran Helang

angin laut kat sini best..!

tak pernah lupa..

jom balik..feri dah hon-hon dah...

that's all from me, papai..!


mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Tuesday, May 24, 2011

jatuh cinta lagi..

korean drama preview..

hai..
semalam baru ja habis tengok drama korea
PERSONAL TASTE..
agak ketinggalan, ni drama tahun lepas..hee...;D


memang best.
cerita nih ada pasal architecture..
li min ho, yang memegang watak sebagai Jeon Jin Ho,seorang architect
menyamar kononnya gay, untuk sewa bilik di rumah Park Gae In, SangoJae yang bekerja sebagai furniture designer.. tujuannya adalah untuk menyelidik tentang SangoJae yang menjadi concept projek yang sedang diusahakan..

jalan cerita semakin menarik apabila Jin Ho menolong Gaen In untuk perbaiki kekurangan dalam dirinya, seterusnya jatuh cinta pada Park Gae In.
Drama tanpa konflik memang bosan.
Klimaks cerita ini adalah apabila rahsia Jin Ho terbongkar..
ending, memang memuaskan.. tak menghampakan sikit pun...
it's a funny drama.
overall drama nih memang best, terbaik antara semua drama korea yang mas dah penah tengok..
and yang penting at the end, diorang nih kahwin..
:)

GENRE drama nih Romantic Comedy..
romantic comedy memang genre drama atau filem feveret mas..
;)

jatuh cinta dengan siapa?
mestilah dengan Li Min Ho...
tengok cerita nih, memang dah suka sangat dengan encik Li Min Ho nih.
hensem..





ok,thats all...:)
papai...

kalau yang belum tengok boleh la try-try tengok..
boleh tengok kat sini..


saya seorang penganggur memang nih je la kerja kat rumah, tengok cerita korea ja..
kalau ada sesapa tawu cerita apa yang best-best, pelakon hensem-hensem..
boleh la cadangkan kepada saya untuk dimasukkan dalam 'my next korean drama list' hee...;D
papai..
:)

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

my first doodle..!



assalamualaikum,semua.. :)
hari ni mas ada try buat satu doodle..
yeah, my first doodle..
first yang buat menggunakan computer...
kalau doodle pensil dah banyak dah....
(ceh, belagak la pulak.. )

bukan senang tau nak buat doodle nih.
baru tawu..
nampak macam senang, simple, pejam mata pun boleh...!
but actually, kalau tangan tak pandau control..
memang susah...

sebelum nih kan ada kecoh pasal orang curi doodles,kan?
korang.. tolong la jangan curi..
orang tuh buat penat-penat, korang nak curi..
memang tak adil..

hentikanlah aktiviti mencuri doodles, and jom try buat sendiri...
mula-mula memang susah dan tak cantik..
tapi kalau selalu buat, insyallah it will be better...!
:)




mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Thursday, May 19, 2011

tertarik dengan QUILLING.. :)


quilling?
pernah dengar tak pasal quilling...
quilling nih salah satu artwork di mana kita gulung-gulung helaian kertas nipis dan panjang..
then, bentuk-bentukkan gulungan tadi.. :)

definisi lebih tepat lagi, nih ha...

Quilling or paper filigree is an art form that involves the use of strips of paper that are rolled, shaped, and glued together to create decorative designs. The paper is wound around a quill to create a basic coil shape. The paper is glued at the tip and the coil shaped, these shaped coils are arranged to form flowers, leaves, and various ornamental patterns similar to ironwork.
-wikipedia-

sebelum nih mas pernah tengok quilling nih masa sekolah dulu, student Cikgu Ridzuan buat..
so, tertarik nak buat..
tapi masa tuh agak sibuk then terbengkalai dan terbiar macam tuh ja..
and terus terlupa..

baru-baru nih...
baru ke? dua tiga minggu lepas gak kot,
tengok tv3 dalam rancangan Wanita Hari Ini..
ada pasal quilling...
owner blog nih dijemput...

lepas tengok kat tv, terus cari blog nih..
tengok-tengok kat blog nih, dan belajar sikit-sikit...
:)

dah start buat, seronok.. addicted.. :)

nih antara hasil kerja saya..hehehe..
tak secantik akak miyyah buat..
tapi ok la kot for beginner macam saya.. :)
perlu improvement lagi..

roses..

butterfly..

nih 'little tweet..'

miss lady bird..

hhmm... setakat nih tu je lah yang boleh di share kan..
yang lain dalam process lagi.. belum siap..

quilling nih, senang, best dan best lah..!
:)
korang kena try nih..
boleh la buat cari duit sikit-sikit.. :)

papai..

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Ladang Anggur Beris

Assalamualaikum..
Cuti Wesak Day hari tuh, terisi dengan lawatan singkat ke
Ladang Anggur Beris in Kedah.

Masa on da way nak ke sana hujan lebat sangat...
Sampai Ladang Anggur tuh pun hujan lebat jugak, tapi tak lama...

Tempat nih macam baru buka kot.. Semuanya baru-baru lagi..
Empangan Beris, haa..dekat situ lah.
Pemandangan kat situ cantik..

Ladang tuh pun cantik, ala-ala English style..
masa sampai sana, orang boleh tahan ramai.. ada dua buah bas sekolah..
kereta banyak jugak...berbuah-buah..tak sempat nak kira berapa buah..
lepas beli tiket, then masuk lah dalam ladang tuh..
oh, jangan risau, masuk tuh, murah ja..
dewasa RM3, kanak-kanak RM1.50
hujan waktu tuh, tapi masuk dalam nih, tak kena hujan sangat pun.. :)

nih dalam ladang...
jom, lumba lari....!

my family.. :)
dilarang memetik anggur , bergambar boleh..

lepas dah tengok-tengok anggur bergantungan...
boleh la ke kedainya pulak..
kat sini ada jual, fresh anggur..
satu bungkus tuh RM12.50. tak banyak mana pun, segugus ja..
tapi boleh la beli mahal sikit pun ok, nak rasa 'fresh dari ladang...'

nih pulak produk dari anggur..
nih salah satunya..
jus anggur..
ada sabun mandi, ada kek, ada apa lagi eh.. banyak jugak lah..

ni ha kek tu...
nampak tak anggur tuh.. ?

nih pulak dalam kawasan tuh..
ada tempat duduk disediakan..
boleh la rehat-rehat, duduk-duduk, gosip-gosip...

lepas dah habis menjelajah, kitorang menjelajah kat luar kawasan ladang anggur tuh pulak..


cantik pemandangan kat sini..
sejuk ja.. maybe sebab baru lepas hujan kot, kalau hari-hari biasa tak tawu lah...


then pergi sebuah warung kat situ..
betul-betul tepi tasik Beris tuh, dan dekat dengan kaki jambatan tuh...


sementara tunggu orang tuh buat air, sempat la duduk-duduk,
teropong orang memancing kat tepi tuh..
kat kawasan air cetek pun banyak ikan..
kejap ja..tak yah nak tunggu lama-lama dah dapat ikan..
nak berangan pun tak sempat.. memang best la memancing kat situ...
(macamlah dia memancing...:P
yelah, tengok ja,, tapi feel lebih.. :)
abah lagi la seronok tengok depa nih memancing...!
terus nak ajak Naim mai memancing kat sini..

banyak dapat ikan keli, tapi besar-besar jugak lah..
senang-senang ja dapat...
pak cik warung tuh cakap, diorang jual ikan tuh sekor dua ringgit ja... :)

then, kitorang pusing-pusing area tasik Beris tuh, then singgah rumah mak ngah, then balik...
best jugak lah.. :)

so, boleh la ramai-ramai pergi lepas nih..
papai..!
;)

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)