Tuesday, June 19, 2012

Kau pun tak perfect sibuk nak nasihat orang..!




"Kau pun tak perfect sibuk nak nasihat orang..!"

Pernah dengar tak ayat nih?
-Pernah...!-

Pernah cakap tak macam nih ?
- Eerr..penah jugak.. -

Assalamualaikum. Baru-baru nih ada la dekat facebook orang  buat status tentang ayat-ayat macam ni lah. Banyak kali jugak kita dah dengar ayat-ayat sadis macam tu, kan? Bukan kat fesebook je, dekat alam blogging, alam maya , dunia realiti, dunia anita pun ada.  Even saya sendiri penah cakap macam tuh, tapi masa zaman jahiliah saya lah..sekarang dah cerdik sikit.. :P Oleh itu saya rasa terpanggil untuk mengulas hal ini dari kaca mata saya yang rabun tapi masih jelas ini. 
Sebenarnya ayat tuh salah dari segi penggunaan tatabahasa dan struktur ayat.
Eh, tetiba. Bukan-bukan, Sebenarnya memang salah dan tak patut digunakan langsung.
Jom kita ulang tayang beberapa contoh ayat sadis. 

KAU PUN TAK PERFECT SIBUK NAK NASIHATKAN ORANG

atau pun

SEBELUM NAK NASIHAT ORANG MAKE SURE DIRI TUH PERFECT DULU

Oh, sangat dasyat ye ayat-ayat di atas.
Kalau nak tunggu perfect baru boleh nasihat orang, memang jahanamlah dunia ni orang buat salah tak ada yang tegur. Sebab apa? Sebab TAK ADA MANUSIA YANG PERFECT DAN YANG AKAN PERFECT..! TAK ADA. 
Kadang-kadang kita marah orang tegur kita, kita marah sebab dia pun macam masih ada yang kurang, ada salah sana sini, nak tegur-tegur salah kita. Tapi bila difikirkan balik, apa salahnya kalau apa yang dia tegur tuh kita ambil cara baik kalau dah tujuannya baik dan dikatakannya itu benar. 

Contoh ye, contoh...
Situasi antara kakak berumur 18 tahun dengan adik berusia 5 tahun...

Adik : Akak, akak nih keluar rumah tak pakai tudung, berdosa taw kak. Pakai tudungkan comel... ^_^
Kakak : Ah, sibuk lah engkau, biar lah aku nak pakai tudung ke tak. Kau tuh kecik lagi, apa tahu? Pakai baju pun terbalik ada hati nak suruh orang pakai tudung.. >_<
Adik : Ikut suka akak lah, adik dah tegur ye kak... Nanti kalau kena bakar dalam api neraka jangan jerit-jerit panggil adik.... (muka selamba...)
Kakak :    -_-"

Nampak tak ada point penting kat situ yang disampaikan walaupun orang yang menyampaikan tuh hanyalah budak hingusan. Saya pun dulu macam nih lah, orang tegur saya kata dalam hati "engaku pun entah pape nak tegur aku..."
Tapi ustazah kat sekolah saya penah cakap, dan saya ingat sampai sekarang... 

"Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya."

Konklusinya, kalau dah sesuatu perkara yang disampaikan itu ada kebenarannya dan benar disisi syarak, apasalahnya jika ambil sebagai teguran yang boleh memperbaiki diri kita, walaupun keluar dari mulut seorang yang tidak sempurna. 

Sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah S.W.T

Jom lah muhasabah diri, insafi kelancangan kata-kata dan kekufuran perbuatan. Nasihat ini khas kepada saya, saya dan saya dan anda yang membaca. 
Sekian, assalamualaikum.
:)




mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Tuesday, June 12, 2012

Sang kuning yang gugur


 Sang kuning yang gugur

Gugurnya kuntuman yang berseri mewarnai lantai bumi... 
Mungkin kau tidak dipandang tapi dipijak..
Namun kau sebenarnya Sang jelita alam milik Allah S.W.T. 

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Perasaan. Anugerah yang diberikan kepada manusia oleh Allah S.W.T.
Kadang-kadang perasaan yang bahagia, indah..suka.

Tapi sekarang nih, rasa tak senang, rasa tak tenang, rasa gelabah, rasa bersalah, rasa.. macam-macam rasa. Serabut lagi satu. 

Rasa buat apa pun macam tak kena. 
Tak tahu kenapa....

Eh, macam tahu puncanya... 
Dia yang berkelakuan sebegitu, dan disebabkan mulut saya sendiri jugak yang lantang memberi penilaian. 


Esok exam BM, doakan saya kawan-kawan... 
Untuk hilangakan perasaan tak senang nih, ambil wudhuk, kemas barang-barang untuk esok dan tidur. 
Mungkin itu yang terbaik buat masa sekarang.

Papai.
Assalamualaikum.

rasa macam dah lama tak pegi cycling keliling USM.. hmm..riadah yang bagus nih. Eh, tapi bukan dengan basikal tua nih la... :)

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Wednesday, June 6, 2012

Kerna itu semua telah tertulis



As long as I'm not married, I'm single.
As long as I'm not married, my parents and my family is my priority. 

Thats my principle.. as simple as that.



Kerna itu semua telah tertulis.
Takperlukauraguikeranakusendiritidakpastitentangmasahadapankuyang masihkabur.
BiarlahDiasimpankanuntukkujejakayangselayaknyabuatdiriku. 
Kiniakuhanyamampuberdoadiberikanyangterbaikuntukku.
diaataukamubiarDiayangtentukan.

Assalamualaikum.

mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)

Monday, May 28, 2012



Assalamualaikum.... 
Lamanya tak update blog nih.. huhu...
Banyak nanti nak update.. banyak sangat.. tapi nanti eh... Sekarang sibuk sangat-sangat...
 Sangat. 

ok, dah... 
Hari ini... saya nak share satu perkara...
Perkara yang kita sebagai umat Islam perlu tahu... 

Asma Ul-Husna... 

Iya, dah ramai yang tawu...
Dah ramai juga yang pernah tawu tetapi lupa. macam saya. 
 Asma Ul Husna.. 99 nama Allah... 
Saban hari dengar dan dilagukan ketika di sekolah dulu... kini..semuanya hampir pudar..
kerana kesibukan dunia aku sendiri.. 

Semasa melawat Masjid Besi, di Putrajaya pada minggu lepas, kala kaki melangkah masuk, aku ternampak tulisan-tulisan di pintu gerbang masjid tersebut..
Dalam bahasa Arab yang pasti.. tapi tulisan Khat yang hebat keseniannya itu tak dapat aku baca. Sedih. 
Aku terfikir, apakah ini yang ditulis...? Sejenak berfikir, baru ku sedar bahawa itu adalah 99 Nama Allah. Untuk mendapatkan kepastian, aku bertanya kepada sahabat ku dan dia mengiakan .
Persoalan yang sebentar tadi bermain di benakku, kini mengetuk pintu hatiku pula...
Islam apakah aku ini, nama-nama Allah, Tuhanku sendiri tak dapat aku cam dan kenali... 

Pengajaran yang aku dapat kali ni, jangan salahkan pihak lain bila yang buruk berlaku pada kita..
Bekal telah diberi... Diri sendiri perlu bijak mengguna dan menggamalkan... 


So.. siapa nak dengar Asma Ul Husna dan kenal satu per satu nama 99 Nama Allah..
 Boleh play yang kat bawah ni eh.. :)

ok lah.. itu ja..Assalamualaikum.. :)



mastura atiqah dah habes membebel.. thanks sudi baca. :)